Page 115 - Matematik Tambahan Tingkatan 5 KSSM
P. 115

Pengamiran
                      Perkaitan antara had bagi hasil tambah isi padu silinder dengan isi padu
                      janaan daripada kisaran suatu rantau

                 Aktiviti Penerokaan         7   Berkumpulan
                                                 Berkumpulan
                Tujuan:  Menentukan bentuk suatu bongkah apabila suatu rantau dikisarkan
                         sepenuhnya melalui 360° pada suatu paksi
                    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
                Langkah:
                  1.  Sediakan tiga buah tanglung kertas seperti yang ditunjukkan dalam                  BAB
                    gambar di sebelah.                                                                    3
                  2.  Ceraikan bahagian tanglung dan ambil bahagian yang paling besar.
                  3.  Perhatikan setiap rantau berlorek dalam rajah di bawah. Kemudian, lukis setiap rantau itu
                    pada tiga tanglung kertas yang berbeza.
                    (a)                         (b)                        (c)
                           y                          y                          y






                                         x                           x                          x
                          O                          O                          O

                  4.  Guntingkan ketiga-tiga tanglung kertas itu mengikut bentuk rantau yang dilukis.
                  5.  Buka tanglung tersebut dan tampalkan kedua-dua permukaan yang bertemu.
                  6.  Kemudian, perhatikan ketiga-tiga bongkah yang terbentuk. Apakah perkaitan antara setiap
                    bongkah tersebut dengan kisaran 360°?

                Hasil daripada Aktiviti Penerokaan 7, didapati bahawa suatu bongkah kisaran akan dijana
                apabila luas di bawah suatu rantau dikisarkan sepenuhnya melalui 360° pada suatu paksi.
                    Isi padu bongkah janaan yang terbentuk apabila suatu rantau berlorek diputarkan melalui
                360° pada paksi-x dapat ditentukan dengan membahagikan bongkah tersebut kepada n silinder
                mencancang dengan lebar dx. Perhatikan rajah yang berikut.
                       y                                y


                                         y = f(x)                           y = f(x)
                                                                                              y
                                                                             y                 i
                                                                              n
                                                                                         δI i
                                                                                x
                                              x
                      O  a             b               O    a              b
                                                               δx
                                                                                          δx

                Apabila nilai dx adalah kecil, maka isi padu bongkah yang dijana ialah jumlah isi padu bagi
                semua silinder itu.
                Isi padu silinder, d I  = Luas keratan rentas × Lebar silinder
                                 i
                                       2
                                  = π y  × dx
                                       i
                                  = π y dx
                                       2
                                       i
                 3.3.4                                                                          105
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120