Page 108 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 108
bagaimanapun, masih terdapat pelajar yang tidak memandang serius akan amalan pengendalian
makanan yang bersih dan selamat. Pelajar tidak menyedari kesan jangka panjang akibat
pengabaian aspek kebersihan dan keselamatan di setiap peringkat pemprosesan, pengeluaran
dan pengendalian makanan. Namun begitu, kajian ini secara khususnya akan melihat tahap
kefahaman dan kesedaran dalam amalan responden ketika pengendalian makanan berlaku di
Kolej Komuniti Sik.
3. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
• Meninjau tahap pengetahuan pelajar bidang SPK melalui borang kaji selidik.
• Mengenalpasti amalan baik pengendali makanan semasa menjalankan amali di
makmal.
• Menentukan kaitan antara tahap pengetahuan dengan amalan baik semasa
menjalankan kelas amali.
3.1 PERSOALAN KAJIAN
• Apakah tahap pengetahuan pelajar tentang amalan baik semasa mengendalikan
rantaian pemprosesan makanan semasa menjalani kelas-kelas amali?
• Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah pelajar yang setuju dan
tidak bersetuju terhadap amalan kebersihan dan keselamatan makanan semasa kelas amali?
• Adakah faktor demografi (umur, pengalaman dan tahap pendidikan) pelajar
mempengaruhi tahap pengetahuan dan amalan kebersihan dan keselamatan makanan di
makmal?
4. KAJIAN LITERATUR
Kes keracunan makanan telah meningkat iaitu 401 kes pada 2018 dan meningkat
kepada 496 kes sehingga Julai 2019 (Berita Harian (2019, Julai 13)). Peningkatan sebanyak
23.69% (Berita Harian (2018, November 1) ini dianggap serius kerana isu keselamatan
makanan secara keseluruhannya ialah isu integriti. Kebersihan ialah tanggungjawab moral
manusia. Malah, setiap agama di dunia ini mementingkan isu kebersihan.
Oleh itu, setiap pengendali makanan perlu mempunyai ilmu dalam bidang kebersihan
dan keselamatan makanan dan diberi latihan dari masa ke semasa sebagai persediaan sebelum
mengendalikan makanan. Menurut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, (Per.30)
Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapatkan
Sijil Latihan Pengendali Makanan dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang telah
diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan
pengendali makanan berkaitan kebersihan (Acikel et al. 2008). Faktor pengetahuan terhadap
amalan kebersihan diri pengendali makanan menjadi penentu kebersihan premis makanan juga
(Angelillo et al. 2001; Patil et al. 2005) tetapi pengetahuan tanpa komitmen tidak mencukupi
106

