Page 99 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 99

JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3

            5.5.2   Peningkatan Prestasi Pelajar
            Ujian pra  dan  ujian pos yang dilaksanakan  menunjukkan peningkatan  yang ketara.
            Daripada sejumlah 62.5% pelajar lulus penuh dalam ujian pra,  jumlah ini meningkat
            kepada 100% lulus penuh dalam ujian pos. Jumlah gagal dalam ujian pra, iaitu 37.5%
            berjaya  disifarkan  dalam  ujian pos. Semasa  ujian  pra dijalankan,  para  pelajar  belum
            mendapat pendedahan tentang teknik menjawab soalan berbentuk perbincangan. Ujian
            pasca berjaya menunjukkan peningkatan kerana pelajar telah didedahkan dengan teknik
            menjawab soalan perbincangan yang sebenar.

            Setelah lapan minggu menggunakan “TEKMEN SPROKON”, perubahan yang ketara dapat
            dilihat dalam Peperiksaan STPM Semester 1, iaitu daripada 62.5 % lulus (ujian pra) kepada
            93.8% lulus. Seramai enam orang pelajar mendapat B+, dua orang mendapat B, seorang
            mendapat B-, lima orang mendapat C+, dan seorang mendapat C, dan hanya seorang
            pelajar yang lulus sebahagian dengan memperoleh gred C-. Pelajar ini merupakan pelajar
            yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah pengangkutan kerana tinggal agak jauh
            dari sekolah. Sebagai guru, pengkaji sentiasa memastikan pelajar ini tidak ketinggalan
            dalam mempelajari  “TEKMEN  SPROKON”  dengan menerangkan  cara menggunakan
            kad imbas “TEKMEN SPROKON” melalui pesanan ringkas menerusi aplikasi Whatsapp.
            Namun begitu perbincangan secara bersemuka dengan pelajar adalah lebih berkesan.


            Prestasi pelajar semakin menunjukkan peningkatan  kualiti dalam peperiksaan  sebenar
            STPM Semester 2, yang mencatatkan peratus lulus 85.71%. Daripada sejumlah 14 orang
            pelajar (sebelumnya 16 orang namun dua orang telah berhenti sekolah di awal Semester
            2), seramai tiga orang mendapat A, tiga orang mendapat A-, dua orang mendapat B+,
            seorang mendapat B, dan dua orang mendapat B-. Hanya dua orang yang mendapat C-
            (lulus sebahagian) dan tiada pelajar yang gagal (memperoleh gred F).


            Impak positif juga terlihat melalui peningkatan kualiti dan gred purata sebanyak 0.55, iaitu
            daripada 2.20 (ujian pra) kepada 2.35 (ujian pos), dan terus meningkat kepada 2.75 dalam
            Peperiksaan STPM Semester 1 dan meningkat lagi kepada 3.10 dalam Peperiksaan STPM
            Semester 2. Pencapaian Peperiksaan STPM Semester 2 ini menunjukkan peningkatan
            sebanyak 0.90 berbanding ujian pra dan sebanyak 0.35 berbanding STPM Semester 1.




















       98    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104