Page 142 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 142
Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti
sekurang-kurangnya 10 daripada 20 markah. Kesimpulannya, penggunaan alat berfikir
yang sesuai dan betul mampu meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar. Oleh itu,
dapatan kajian ini juga telah membuktikan bahawa seperti juga hasil kajian Tee Tze Kiong
rujukan disebut sebagai 'dan rakan-rakan' bahawa peta minda memberi impak yang besar
dan penting ke atas pembelajaran pelajar (Tee Tze Kiong, et.al, 2010). Menurut mereka
lagi, setelah meneliti kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Cindy et. al. (2006), Henry
(2006) serta Ang dan Ong (2007), menunjukkan pelajar yang mengamalkan penggunaan
peta minda dalam pembelajaran berupaya mengingat dan memperoleh keputusan yang
lebih baik. (Tee Tze Kiong, et.al, 2010).
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Penggunaan alat berfikir peta minda adalah suatu teknik bagi membantu pelajar dalam
proses pembelajaran mereka. Teknik ini didapati berjaya membantu meningkatkan
kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Sejarah Islam, namun masih terdapat
kelemahan dari segi meningkatkan daya ingatan jangka panjang dalam kalangan pelajar
dan semasa pelajar menjawab soalan ujian. Kelemahan ini mungkin dapat diatasi dengan
menggalakkan pelajar terus menggunakan peta minda yang sesuai dan meningkatkan
kepelbagaian penggunaan peta minda. Malah, guru juga harus meningkatkan pengetahuan
dan kefahaman terhadap penggunaan alat berfikir khasnya penggunaan peta minda ke
tahap yang lebih baik sekali gus membantu pelajar dengan lebih berfokus agar pencapaian
pelajar akan lebih memberangsangkan pada masa-masa akan datang. Memandangkan
terdapat kesan positif penggunaan PeMindaKu dalam kajian ini, maka aplikasi PeMindaKu
juga akan diperluaskan kepada pelajar-pelajar yang mengambil Kertas Sejarah Dunia dan
Kertas Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara.
BIBLIOGRAFI
Khairulameera. Hidup Ini Suatu Perjuangan. Kemahiran Pemilihan dan Aplikasi Alat Bantu
Mengajar (ABM). Dilayari pada 25 Februari 2018, daripada https://khairulameera.
wordpress.com/kemahiran-pemilihan-dan-aplikasi-alat-bantu-mengajar-abm/
Majlis Peperiksaan Malaysia. (2012). Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM), Sejarah, Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh. Selangor: Majlis
Peperiksaan Malaysia.
Mohamad Sukri Bin Che Amat. (2015). Penggunaan Peta Konsep Bagi Meningkatkan
Prestasi Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 2. Persidangan Inovasi Kajian Tindakan
Dan Pendidikan Guru “Inovasi Pemangkin Kemenjadian Generasi Inovatif,” 2015
Kementerian Pendidikan Malaysia 141

