Page 144 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 144
Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti
TEKNIK “TODA”: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI
FORMULA STRUKTUR SEBATIAN ORGANIK DALAM KALANGAN 10
PELAJAR S3S1
Annie Afzan Binti Ariffin
Pusat Tingkatan Enam SMK Green Road, 93150 Kuching, Sarawak.
Abstrak 9
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengenal pasti formula struktur sebatian Kimia
Organik yang mana merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh pelajar Semester 3 aliran
Sains. Seramai 10 orang pelajar kelas S3S1, Pusat Tingkatan Enam (PTE) SMK Green Road,
Kuching dan seorang guru terlibat di dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
pemerhatian semasa PdPc, tutorial dan tugasan yang disemak, ujian topikal, peperiksaan semester
dan praujian. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak mempunyai kemahiran yang baik untuk
mengenal pasti formula struktur sebatian Kimia Organik yang diutarakan dalam soalan berbentuk
penyelesaian masalah. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar, perancangan tindakan
telah difokuskan kepada teknik untuk mencerakinkan maklumat kompleks dan menganalisis
maklumat - Teknik ‘TODA’. Para pelajar telah didedahkan kepada Teknik ‘TODA’ secara kolaboratif
selama 3 minggu sebelum posujian dijalankan. Keputusan posujian telah menunjukkan peningkatan
ketara prestasi pelajar dalam kemahiran mengenal pasti formula struktur sebatian Kimia Organik.
Kata kunci: Kemahiran mengenal pasti, formula struktur sebatian kimia organik, ujian topical, teknik
“TODA”, mencerakinkan maklumat kompleks.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Analisis keputusan Peperiksaan Kimia STPM 2014 hingga 2016 jelas menunjukkan
peratus pelajar yang lulus penuh bagi Semester 3 adalah lebih rendah berbanding
Semester 1 dan Semester 2. Kimia Semester 3 adalah melibatkan bidang Kimia Organik
berkenaan pelbagai kumpulan berfungsi sebatian organik, yang setiap satunya melibatkan
banyak mekanisme tindak balas sebatian Kimia Organik. Dua kemahiran utama yang
perlu difokuskan oleh pelajar di dalam Kimia Semester 3 adalah kemahiran mengingat
dan kemahiran menganalisis serta menyelesaikan masalah. Pelajar perlu mengingat dan
memahami semua mekanisme tindak balas sebatian Kimia Organik serta mengaplikasikan
semua konsep yang dihafal untuk menganalisis dan menilai maklumat yang diberikan
bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul yang melibatkan sebatian Kimia Organik.
Antara komen sebahagian besar pelajar saban tahun apabila mempelajari Kimia Organik
di dalam Semester 3 adalah seperti berikut:
i. “Tidak ingat tindak balas kimia kumpulan berfungsi sebatian organik”
ii. “Telah ulangkaji, tetapi selepas 2 hari sudah lupa tindak balas kimia yang telah
dipelajari”
iii. “Ingat tindak balas kimia kumpulan berfungsi yang dipelajari, tetapi tidak faham soalan
yang diuji”
Kementerian Pendidikan Malaysia 143

