Page 140 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 140

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

                              Jadual 5.3 Markah Pelajar dalam Ujian Progresif



                                                 Elemen Rubrik
             Pelajar (Responden)                                                 Jumlah
                                   Pengetahuan      Taakulan      Komunikasi     Markah
                                       dan
                                    kefahaman

                  Pelajar 1             6               4              4            14

                  Pelajar 2             5               4              4            13
                  Pelajar 3             3               2              2            7

                  Pelajar 4             4               4              4            12

                  Pelajar 5             4               4              4            12


            Dapatan  pada Ujian  Progresif pula, kelima-lima  orang pelajar  menjawab  sekurang-
            kurangnya  satu daripada  tiga soalan  daripada  tajuk Masyarakat Jahiliah.  Sebanyak
            empat daripada lima orang pelajar telah lulus dengan mendapat 12 hingga 14 markah.
            Markah tersebut adalah pada tahap baik. Oleh itu, sebanyak empat orang pelajar telah
            menunjukkan  peningkatan  yang ketara dalam  penguasaan  fakta bagi  tajuk yang diuji.
            Sebaliknya, hanya seorang pelajar mendapat tujuh markah tetapi secara keseluruhannya
            pelajar ini lulus dalam ujian tersebut  termasuk empat orang pelajar lagi.  Jelaslah bahawa,
            kesemua pelajar telah menggunakan alat berfikir PeMindaKu untuk menguasai fakta tajuk
            yang diuji. Impaknya, pelajar dapat menjawab soalan bentuk esei dengan fakta, huraian
            dan contoh yang diperlukan dalam setiap isi berkaitan dengan soalan.


            5.5.2   Refleksi Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan Secara Keseluruhan.
            Secara keseluruhannya, penggunaan PeMindaKu dalam PdPc telah menunjukkan impak
            positif.  Hal ini dibuktikan dengan keputusan pascaujian  yang menunjukkan kesan yang
            memberangsangkan. Melalui pemerhatian semasa kajian dijalankan, pelajar begitu komited
            menggunakan PeMindaKu dalam mengulang kaji pelajaran dan semasa melaksanakan
            tugasan kumpulan atau individu sehingga memberi impak positif kepada prestasi pelajar
            dalam menjawab soalan pascaujian.  Jelaslah bahawa penggunaan  PeMindaKu dapat
            mengukuhkan  daya  ingatan  pelajar  dalam  proses  pembelajaran  secara  lebih  tersusun,
            jelas dan mudah.














                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  139
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145