Page 145 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 145
JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3
Kesukaran pelajar untuk mengingat semua mekanisme tindak balas Kimia Organik
merupakan halangan pertama yang perlu diatasi memandangkan konsep tersebut perlu
diaplikasi untuk menganalisis dan menilai soalan-soalan yang dikemukakan di dalam
pembelajaran Semester 3. Aplikasi peta konsep di dalam pengajaran dan pembelajaran
memudahkan pelajar untuk mengingat lebih banyak maklumat tindak balas kimia
kumpulan berfungsi sebatian berbanding kaedah mengingat daripada teks. Ini bertepatan
dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Blunt dan Karpicke (2014), iaitu, “Educational
activities can be enhanced by using concept mapping as a retrieval practice activity”.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar pelajar masih menghadapi masalah untuk
mendapatkan keputusan yang baik bagi topik Kimia Organik walaupun telah menghafal
semua mekanisme tindak balas Kimia Organik setiap kumpulan berfungsi kerana soalan-
soalan yang diutarakan di dalam peperiksaan menuntut kemahiran menganalisis serta
menyelesaikan masalah dan tidak hanya kemahiran mengingat semata-mata.
Atas faktor keazaman untuk mencapai kelulusan 100% serta meningkatkan pencapaian
pelajar di dalam Peperiksaan Kimia STPM Semester 3, telah mendorong pengkaji untuk
menjalankan kajian tindakan ini. Kajian tindakan yang dijalankan menggalakkan pengkaji
untuk membuat refleksi diri terhadap tindakan harian di dalam pengajaran dan pembelajaran
serta menggalakkan pengkaji untuk memperkenalkan inovasi dan pembaharuan dalam
usaha untuk memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran.
2.0 FOKUS KAJIAN
Daripada analisis soalan tahun-tahun lepas Kimia STPM Semester 3, didapati bahawa
soalan melibatkan pengenalpastian formula struktur sebatian-sebatian organik merupakan
salah satu bentuk soalan yang kerap diuji, yang mana kebanyakan soalan menyumbang
kepada 15 ke 25 markah. Penguasaan kemahiran mengenal pasti formula struktur sebatian
organik menuntut pelajar untuk mengingat, memahami dan mengaplikasi 80% konsep
utama yang dipelajari di dalam setiap kumpulan berfungsi sebelum pengenalpastian formula
struktur sebatian organik dapat dilakukan dengan betul. Ini bermakna, penguasaan pelajar
di dalam kemahiran mengenal pasti formula struktur sebatian organik merupakan indikator
kepada penguasaan pelajar mengingat, memahami dan mengaplikasi semua konsep yang
dipelajari bagi setiap kumpulan berfungsi sebatian organik. Justeru, keupayaan pelajar
untuk menguasai kemahiran mengenal pasti formula struktur sebatian organik dilihat
sebagai salah satu elemen yang memberi peluang yang tinggi untuk pelajar lulus di dalam
Peperiksaan Kimia STPM Semester 3.
Seramai 10 orang pelajar yang disasarkan dalam kajian ini merupakan pelajar berprestasi
sederhana yang rajin dan taat dengan tunjuk ajar guru. Mereka menunjukkan usaha
untuk mengingat semua tindak balas kimia kumpulan berfungsi sebatian organik dengan
144 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

