Page 147 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 147
JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang pelajar kelas S3S1, iaitu 3 orang pelajar lelaki
dan 7 orang pelajar perempuan yang dibahagikan kepada 3 kumpulan.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian yang
dibuat semasa PdPc berlangsung, sebelum dan selepas kajian, tutorial dan tugasan
pelajar yang disemak serta praujian.
Jadual 5.1 Kaedah Mengutip Data
Langkah Cara Kumpulan Tujuan
dan Tarikh Penilaian sasaran
Langkah 1: Ke atas 10 orang Pemerhatian dilakukan semasa proses
Pemerhatian tingkah pelajar pengajaran dan pembelajaran berlangsung
(Jun - Okt) laku pelajar Sem 3 S1 sebelum dan selepas kajian. Pemerhatian
yang dijalankan bertujuan untuk meninjau
sejauh manakah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan memberi impak
ke atas keyakinan diri pelajar terhadap topik
dan bidang Kimia Organik secara amnya.
Langkah 2: Memeriksa 10 orang Mengenal pasti sejauh mana pemahaman
Tutorial tutorial/ pelajar dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran
tugasan Sem 3 S1 menulis formula struktur sebatian organik.
pelajar
Langkah 3: Praujian 10 orang Praujian diberikan kepada pelajar adalah
Ujian (3.8.2018) pelajar merangkumi soalan mengenal pasti formula
Sem 3 S1 struktur sebatian-sebatian organik. Praujian
bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh pelajar di dalam menjawab
soalan jenis mengenal pasti formula struktur
sebatian organik. (Lampiran 1)
146 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

