Page 148 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 148

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

            5.2    Analisis Tinjauan Masalah


                                   Jadual 5.2 Analisis tinjauan masalah


             Langkah dan                        Masalah dikenal pasti
                Tarikh
              Langkah 1:   Sebelum kajian dijalankan, pelajar  kurang memberi respon
             Pemerhatian   terhadap  soalan  yang diajukan oleh guru di dalam kelas berkenaan
              (Jun – Okt)  pengenalpastian  formula struktur sebatian-sebatian  organik.  Mereka
                           menunjukkan  kurang keyakinan diri untuk mengambil  bahagian  di
                           dalam aktiviti yang dijalankan.
              Langkah 2:   Semua pelajar  menghantar  tutorial yang lengkap  pada masa yang
                Tutorial/  ditetapkan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kesilapan menulis
               Tugasan     deduksi  dilakukan oleh  pelajar  yang menyebabkan  mereka  gagal
                pelajar    mengenal pasti formula struktur sebatian organik yang diberikan.
              Langkah 3:   Berdasarkan  praujian  yang dilaksanakan,  terdapat seorang sahaja
               Praujian    pelajar  yang dapat menulis deduksi dan formula struktur sebatian
               (3.8.2018)  organik dengan betul. Manakala 9 pelajar yang lain didapati melakukan
                           banyak kesalahan menulis deduksi dan gagal menulis formula struktur
                           sebatian organik dengan betul.


            5.3    Tindakan Yang Dijalankan


            Berdasarkan tinjauan awal, pengkaji melihat bahawa kemahiran menganalisis  dan
            menyelesaikan masalah dalam mengenal pasti formula struktur sebatian organik merupakan
            cabaran besar yang perlu ditangani oleh para pelajar. Bagi mengatasi permasalahan ini,
            pengkaji terpanggil utuk memikirkan satu teknik yang dapat memudahkan para pelajar
            untuk menganalisis maklumat kompleks kepada maklumat-maklumat yang lebih ringkas
            dengan memperkenalkan teknik ‘TODA’ (Table of Observation-Deduction and Analysis)
            kepada para pelajar secara kolaboratif. Teknik ‘TODA’ berfokuskan strategi mencerakinkan
            dan menganalisis maklumat kompleks kepada maklumat-maklumat ringkas yang dapat
            memberikan petunjuk di dalam tugasan penyelesaian masalah. “Chunks help in a problem-
            solving task, because some of the chunks, being linked to potentially useful information,
            provide clues about what kind of action should be taken” (Chase & Simon, 1973). Strategi
            pencerakinan  maklumat pernah diaplikasikan  oleh Zhou (2005) di dalam kajian beliau
            untuk mempertingkatkan  pembelajaran  Bahasa  Cina.  Teknik  ‘TODA’ telah dijalankan
            selama tiga minggu kepada para pelajar sebelum pascaujian dijalankan. Di dalam tempoh
            tiga minggu ini, pelajar dilatih untuk menulis deduksi dan formula struktur sebatian organik
            secara intensif di dalam kumpulan. Salah satu instrumen yang digunakan untuk menilai
            keberkesanan  teknik ‘TODA’  selain daripada pascaujian  adalah melalui pembentangan
            hasil perbincangan pelajar di dalam kumpulan.


                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  147
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153