Page 167 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 167

JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3

            Berwarna. Maklumat dalam rajah Bulb Berwarna tersebut dapat membantu pelajar dalam
            membuat huraian dengan baik dan lancar mengikut format penulisan yang telah ditetapkan
            sekaligus membantu pelajar dalam mengingati fakta khusus dengan mudah.


            5.4    Pelaksanaan Kajian


            5.4.1  Pemerhatian
            Hasil pemerhatian yang dijalankan terhadap pelajar adalah berbeza semasa ujian pasca
            dengan ujian pra. Hampir kesemua pelajar Tingkatan 6S2-3 telah memberikan perhatian
            yang baik semasa menjawab soalan ujian pasca. Selain itu, pelajar juga menunjukkan
            semangat yang baik dalam menjawab soalan dengan menggunakan teknik Bulb Berwarna
            serta memberikan  respon  yang  sangat  baik  dalam  menjawab  soalan.  Pengajaran  dan
            pembelajaran (PdP) berasaskan teknik penggunaan Bulb Berwarna berjaya membantu
            pelajar dalam mengingati fakta khusus dengan baik dalam jangka masa pendek. Hal ini
            dapat dilihat dengan jelas apabila  pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan
            dengan  mengaplikasikan  teknik  Bulb Berwarna  semasa  proses  pengajaran  dan
            pembelajaran (PdP) dijalankan dalam kelas (Lampiran 4).


            5.4.2   Ujian Pasca
            Teknik  Bulb Berwarna diaplikasikan dalam pengajaran  dan pembelajaran (PdP) bagi
            meningkatkan  kefahaman  dan keputusan  pelajar. Instrumen seperti penerangan  teknik
            Bulb Berwarna dengan menggunakan mounting board, polystyrene dan kad manila telah
            digunakan bagi membolehkan pelajar melihat dan mengingati fakta khusus dengan mudah
            (Bab Pengurusan - sub topik proses perancangan). Selepas pengajaran sub topik tersebut
            selesai  satu ujian  pasca  telah dijalankan  untuk mengesan keberkesanan  teknik  Bulb
            Berwarna dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada pelajar Tingkatan
            6S2-3. Ujian pasca yang diberikan kepada pelajar mengandungi 1 soalan esei yang sama
            dengan ujian pra. Keputusan ujian pasca pelajar dibahagikan kepada 3 bahagian utama
            yang terdiri daripada fakta, huraian dan contoh seperti dalam Jadual 5.3, Jadual 5.4 dan
            Rajah 5.6 di bawah:

                                    Jadual 5.3 Keputusan Ujian Pasca


             Bil  Nama             Fakta       Huraian       Contoh     Markah Ujian Pasca
                  Pelajar       (5 Markah)   (10 Markah)   (5 Markah)       (20 Markah)
             1.   Pelajar 1         5            10             5               20
             2.   Pelajar 2         5            10             5               20
             3.   Pelajar 3         5            10             5               20
             4.   Pelajar 4         5            10             5               20
             5.   Pelajar 5         5            10             2               17
             6.   Pelajar 6         5             8             2               15



      166    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172