Page 122 - Teks Tanah Kebun
P. 122

Azaika SR


              terang aku  katakan  aku tidak menyokong
              peperangan walaupun telah diputuskan oleh Ketua
              Negara  dan pemimpin-pemimpin  atasan dalam
              Mesyuarat Negara,” dia menyambung lagi.
                     Seorang   lagi  rakan    yang   sejurusan
              dengannya  Teruna  yang hanya mendiamkan diri
              dan sekali-sekala  menikmati  minuman yang
              dipesan tiba-tiba menyampuk.
                     “Dasar negara kita juga dah berubah.”
                     Suasana di  kantin universiti  dipenuhi
              dengan pelajar sebaik-baik sahaja tamat kuliah.
                     “Kau   berdua    perasan   tak.  Sebelum
              sesuatu  keputusan  itu dibuat yang melibatkan
              peperangan  perlu mendapatkan  sokongan  rakyat
              terlebih  dahulu. Sama ada menerimanya  atau
              tidak.  Kemudian    barulah   negara   bertindak
              mengikut apa yang telah diputuskan oleh rakyat,”
              jelasnya lagi.
                     Mendengarkan  saja apa yang dikatakan
              oleh rakan yang sejurusan  dengannya  itu Bujang
              pantas mengangguk-anggukkan kepala sebagai
              tanda bersetuju. Bahawa dasar yang selama ini
              dipegang oleh Negara Naga Sakti berkaitan dengan
              peperangan telah  terpesong.  Dan  tidak  lagi
              diamalkan  oleh  ketua negara  dan pemimpin-
              pemimpin tertinggi.
                     “Memang  rakyat  berhak bersuara dalam
              perkara ini!”
                     “Sama seperti  mereka memilih  ketua
              negara dan barisan  kepemimpinannya. Untuk
              menerajui negara ini.  Macam yang aku katakan




                                    122






 Teks Tanah Kebun.indd   122                                  03/06/2020   16:42:30
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127