Page 121 - Teks Tanah Kebun
P. 121

Tanah Kebun



              panjang. Apabila mendengar kata-kata Panglima
              Bentara Jantan.
                     Agak lama  kemudian barulah Dato’
              Laksamana Budiman  bersuara. Untuk  membalas
              apa yang dikatakan oleh pegawai tentera laut
              Negara Debunga Wangi itu.
                     “Seperti yang telah diputuskan oleh Ketua
              Negara  dalam  Mesyuarat  Negara  kekayaan hasil
              emas  bukan dimiliki  oleh  pemerintah dan
              pemimpin-pemimpin     tapi   diagihkan   kepada
              rakyat.”
                     Peperangan     bukanlah     satu    jalan
              penyelesaian yang terbaik  dalam  menangani
              sesuatu isu. Seperti yang dihadapi oleh Negara
              Naga Sakti dan Negara Debunga Wangi terhadap
              Pulau Payung.
                     “Negara  kita  tidak seharusnya mengheret
              Negara Debunga  Wangi ke kancah  peperangan.
              Disebabkan pertikaian  hak milik  Pulau Payung,”
              kata Bujang.
                     Seorang siswazah yang mengambil jurusan
              undang-undang  di salah sebuah  universiti yang
              terdapat di Negara Naga Sakti.
                     “Peperangan       membawa         kepada
              kemusnahan,”  sokong  Dara rakan sejurusan
              dengannya.
                     “Memang benar apa yang kau katakan tu,
              Dara!”  dia  menyambut dengan mengangguk-
              anggukkan kepala.
                     “Rakyat akan  merasa hidup susah  dan
              menderita  akibat  daripada peperangan. Terus



                                     121






 Teks Tanah Kebun.indd   121                                  03/06/2020   16:42:30
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126