Page 123 - Teks Tanah Kebun
P. 123

Tanah Kebun



              tadi. Peperangan  sebenarnya  adalah satu bala
              bencana  kepada rakyat. Tapi jawapannya mudah
              mengapa ketua negara dan pemimpin-pemimpin
              tertinggi  menolak untuk melibatkan  rakyat dalam
              soal  ini.  Disebabkan    terlalu  ingin  untuk
              menunjukkan     kekuatan   dengan    memenangi
              peperangan  dan tamakkan  hasil emas yang
              terdapat di Pulau Payung,” dia menambah lagi
              dengan panjang lebar.
                     Kesejukan alat  penghawa dingin  jelas
              terasa mengepung seluruh ruang bilik Dato’ Orang
              Kaya Jingga Ketua Negara Naga Sakti.
                     Sambil  enak bersandar di  atas  kerusi
              pusing  yang  empuk  fikirannya  jauh  melayang.
              Dengan angan-angan memiliki  kekayaan dan
              kemewahan. Sekiranya Pulau Payung  jatuh ke
              tangan negara yang diperintahnya.
                     Lamunannya  serta-merta  terhenti apabila
              kedengaran bunyi pintu biliknya diketuk orang.
                     “Masuk!” arahnya dengan pantas.
                     Sebaik-baik sahaja pintu biliknya  terbuka
              muncul Dato’ Bendahara Jaka Rabung.  Ketua
              Pemimpin-pemimpin Tertinggi di Negara Naga
              Sakti. Memang dia mengarahkan Dato’ Bendahara
              Jaka Rabung. Untuk berjumpa dengannya pagi ini.
                     “Ada apa dato’ panggil saya?”  tanya Dato’
              Bendahara Jaka Rabung sebaik-baik sahaja duduk
              di atas kerusi.
                     “Tentang Perang Pulau Payung,” dia
              membalas dengan pantas.
                     “Angkatan perang laut  kita  telah  bersiap



                                     123






 Teks Tanah Kebun.indd   123                                  03/06/2020   16:42:30
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128