Page 124 - Teks Tanah Kebun
P. 124
Azaika SR
sedia untuk melancarkan serangan terhadap
angkatan perang laut Negara Debunga Wangi.”
Jawapan yang diberikan oleh Dato’ Bendahara
Jaka Rabung.
“Bagus!” Dato’ Orang Kaya Jingga
mengangguka-anggukkan kepala.
“Pastikan Pulau Payung yang kaya dengan
emas itu menjadi kepunyaan kita!” tegasnya.
Dato’ Bendahara Jaka Rabung yang duduk
berhadapan dengannya menyambut pantas dengan
anggukkan kepala.
“Baik, dato’!”
“Saya akan arahkan angkatan laut di
bawah pimpinan Dato’ Laksamana Rentaka untuk
melakukan apa yang dato’ inginkan,” janjinya.
Rasa kegembiraan lantas kelihatan di
wajah Dato’ Orang Kaya Jingga apabila mendengar
kata-kata Dato’ Bendahara Jaka Rabung itu.
Dalam pada itu Dato’ Laksamana Rentaka
dan pegawai-pegawainya mengadakan mesyuarat
khas. Untuk membincangkan strategi
memusnahkan angkatan laut perang Negara
Debunga Wangi.
“Kapal perang mereka dilengkapi dengan
beberapa buah kapal pengangkut jet pejuang,”
terang Panglima Bentara Dali.
“Apa kurangnya kita, panglima.
Mempunyai kapal pengangkut yang lebih canggih
dan moden,” Panglima Bentara Betong pula
sebaliknya mencelah.
124
Teks Tanah Kebun.indd 124 03/06/2020 16:42:30

