Page 126 - Teks Tanah Kebun
P. 126

Azaika SR


              Negara Naga Sakti dengan Negara Debunga Wangi.
              Untuk  menentukan siapa  yang berhak memiliki
              Pulau Payung. Yang kaya dengan  hasil masyghul
              emas.
                     Wajah  Dato’  Laksamana Budiman  tetap
              tenang apabila  diberitahu  oleh  Panglima  Bentara
              Jantan. Yang angkatan  laut perang  Negara Naga
              Sakti  akan melancarkan serangan melalui  jet-jet
              pejuang. Hasil  daripada maklumat yang diterima
              daripada pasukan pengintip.
                     Melalui   tingkap   kaca    kapal   Dato’
              Laksamana Budiman mendongakkan kepala tinggi
              sedikit.  Sambil  memandang laut  biru yang penuh
              dengan ketegangan seperti  yang  jelas  kelihatan  di
              wajahnya.
                     “Alang-alang   menyeluk   pekasam    biar
              sampai ke pangkal lengan. Biar  putih tulang
              jangan putih  mata.  Pantang menyerah sebelum
              kalah.  Kita   tentang  mereka    habis-habisan.
              Arahkan pasukan jet  pejuang kita untuk bersiap
              sedia!”  dia   berkata   dengan    penuh    rasa
              bersemangat.
                     Panglima Bentara Jantan lalu menyambut
              kata-kata   perangsang   dan    semangat   yang
              dikeluarkan oleh  Dato’  Laksamana Budiman
              dengan mengangguk-anggukkan kepala.
                     “Baik,  dato’! Demi  agama,  bangsa dan
              negara saya dan pasukan  tentera laut dan udara
              akan  berjuang sehingga ke titisan darah yang
              terakhir. Untuk mempertahankan kedaulatan
              Pulau Payung kepunyaan negara kita. Walau seinci




                                    126






 Teks Tanah Kebun.indd   126                                  03/06/2020   16:42:31
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131