Page 127 - Teks Tanah Kebun
P. 127

Tanah Kebun



              pun  tak akan diserahkan  kepada  Negara Naga
              Sakti!”  Demikianlah  lafaz  ikrar Panglima Bentara
              Jantan kepada Dato’ Laksamana Budiman.
                     Wajah     Dato’   Laksamana     Budiman
              dipenuhi dengan  senyuman  kecil. Kerana  berasa
              gembira dengan  semangat berkobar-kobar  yang
              ditunjukkan oleh  pegawainya itu.  Memang  dalam
              peperangan    semangat   yang    membara    dan
              kesediaan untuk berkorban dengan berjuang demi
              tanah air tercinta perlu ada di dalam setiap diri
              anggota tentera.  Bagi  memastikan kemenangan
              yang mutlak dapat dimiliki.
                     Dalam  perkara ini  Dato’  Laksamana
              Budiman berasa amat yakin. Bahawa kemenangan
              dalam  peperangan dengan  Negara  Naga  Sakti
              untuk mempertahankan kedaulatan Pulau Payung
              sepertimana  yang diucapkan oleh  Panglima
              Bentara Jantan  akan  tercapai. Dengan adanya
              semangat juang yang tinggi  dimiliki  oleh  anggota-
              anggota tentera laut dan udara atas nama Negara
              Debunga Wangi yang dipimpinnya.
                     Tanpa berlengah lagi  Panglima  Bentara
              Jantan pun berlalu  pergi  meninggalkan Dato’
              Laksamana Budiman.  Untuk  melaksanakan apa
              yang telah diarahkan oleh ketuanya itu.
                     Sebaik-baik   sahaja   kelibat  Panglima
              Bentara Jantan  hilang daripada pandangan  mata
              seperti  biasa  Dato’  Laksamana Budiman  tetap
              nampak tenang.  Sambil  merenung laut  yang
              membiru  memikirkan  strategi  yang telah  disusun
              dan dirancang. Untuk menumpaskan serangan jet-
              jet pejuang tentera udara Negara Naga Sakti.



                                     127






 Teks Tanah Kebun.indd   127                                  03/06/2020   16:42:31
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132