Page 27 - KARANGAN
P. 27

masa  itu  teknologi  masih  belum  berkembang  dengan  sepenuhnya. (B) Untuk  membina
               tamadun  yang  unggul,  kita  tidak  seharusnya  bersikap  biadap  dan  kasar  seperti
               mengeluarkan  kata-kata  yang  kesat  sehingga  memilukan  hati  pihak  lain bagai  ditusuk
               sembilu.  Perlakuan  seumpama  ini  menggambarkan  masyarakat  tersebut  masih  berada
               dalam  Zaman  Jahiliah  di  mana  akhlak  dan  nilai  hidup  masyarakat  pada  masa  tersebut
               adalah  sangat  rendah.  (K)  Sekiranya  masyarakat  kita  lebih  bertamadun,  sudah  pasti  kita
               dapat  mempertahankan  kemerdekaan.  Dalam  konteks  ini,  negara  amat  memerlukan
               masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh
               kuasa-kuasa asing seperti kuasa Barat. Secara tidak langsung, industri pelancongan juga
               turut  meningkat. (P) Secara  ringkasnya,  masyarakat  yang  bertamadun  dapat  dilahirkan
               melalui amalan budi bahasa.


               (K3):  Selain  itu,  masyarakat  yang  berbudi  bahasa  akan  mempamerkan  nilai-nilai  yang
               positif  seperti  memberikan  layanan  yang  sopan  dan  bersikap  lemah  lembut  terhadap
               pelancong  asing. (M) Hal  ini  penting  agar  dapat  meninggalkan  imej  yang  positif  tentang
               negara  kita  dalam  diri  pelancong.  Pelancong  juga  akan  mempunyai  percutian  yang
               menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka ke sini dialu-alukan dan
               dihargai  oleh  masyarakat  tempatan. (B) Dalam  pada  itu,  pekerja-pekerja  dalam  Jabatan
               Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong serta pemandu pengangkutan awam perlulah
               memainkan  peranan  yang  lebih  penting  dengan  senantiasa  melemparkan  senyuman  dan
               bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun
               sayugia  dijadikan  teladan  kerana  masyarakatnya  sememang  kaya  dengan  budi  bahasa.
               Contohnya,  ucapan  ‘irasshaimase’  yang  bermaksud  selamat  datang  dalam  bahasa  Jepun
               pasti akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan
               berterima    kasih   juga    merupakan     sesuatu    yang    biasa   dalam    masyarakat
               Jepun. (K) Sekiranya  amalan  ini  diikuti,  sudah  pasti  keramahan  dan  kesantunan  rakyat
               Malaysia  akan  sentiasa  meniti  dari  bibir  ke  bibir  para  pelancong  dan  sentiasa  memilih
               Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama mereka. Senario ini secara tidak langsung
               akan  menjana  ekonomi  negara  melalui  industri  pelancongan  negara  yang  kian  mendapat
               sambutan  hangat. (P) Jadi,  budaya  yang  murni  ini  amat  penting  ketika  berurusan dengan
               pelancong asing agar mereka dapat menikmati percutian di negara kita.



               (K4):  Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dizahirkan. (M) Pemimpin yang
               baik akan dapat mentadbir negara dengan lancar kerana mendapat sokongan yang padu
               daripada  rakyat.  Pemimpin  yang  berbudi  bahasa  sentiasa  menitikberatkan  kepentingan
               orang lain daripada kepentingan peribadi. Mereka akan bertindak dengan bijaksana untuk
               menjaga perasaan pelbagai pihak ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus
               tepung  tidak  berselerak. (B) Sehubungan  dengan  itu,  golongan  remaja  merupakan  aset
               yang  sangat  bernilai  kepada  negara  kerana  mereka  adalah  generasi  pelapis  yang  bakal
               menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa seperti menghormati orang tua,
               bertutur  dengan  sopan,  bertolak  ansur  dan  amalan  tolong-menolong  perlulah  dijadikan
               panduan dalam kehidupan mereka supaya mereka dapat menjadi seorang pemimpin yang
               berdedikasi  dan  berkarisma  dapat  dilahirkan. (K) Pemimpin  yang  berbudi  bahasa  dapat
               meningkatkan  imej  negara  kerana  pemimpin  pemimpin  dari  negara  lain  akan  kagum  dan
               menghormati  negara  kita.  Ironinya,  hubungan  diplomatik  bagi  menjamin  kemajuan  dan
               keselamatan  negara  dapat  dijalinkan  dengan  mudah.  Dengan  itu,  negara  kita  akan
               dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. (P) Pendek kata, negara
               kita  akan  terkenal  di  persada  dunia  kerana  memiliki  seorang  pemimpin  yang  berwibawa
               melalui amalan budi bahasa yang dipamerkan.





                                                                                               27 | P a g e
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32