Page 24 - KARANGAN
P. 24

boleh  menyediakan  pelbagai  aktiviti  rekreasi.  Sebagai  contoh,  mereka  boleh
               memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau,
               dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian, aktiviti menuai padi,
               dan  pertandingan  membuat  kraf  tangan.  Di  samping  dapat  memperkenalkan  budaya
               tempatan kepada pelancong asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim
               dalam  kalangan  mereka.  Melalui  aktiviti  ini,  banyak  nilai  murni  dapat  diserap  dalam  jiwa
               pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk
               saling  membantu  ibarat hati  gajah  sama  dilapah,hati  kuman  sama  dicecah.  Seandainya
               aktiviti  rekreasi  tidak  dilaksanakan  dengan  penuh  komitmen,  sudah  pasti  industri
               pelancongan  desa  akan  terus  mundur  dan  berada  di  takuk  lama.  Tegasnya,  kerjasama
               pihak  kerajaan  dengan  pihak  pengurusan  inap  desa  dalam  menyediakan  pelbagai  aktiviti
               rekreasi juga antara uslub penting untuk memajukan industri pelancongan desa di negara
               kita.



               Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga haruslah memainkan
               peranan mereka dengan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong
               dalam dan luar negeri. Selain itu, untuk meningkatkan keberkesanan promosi ini lagi, pihak
               kerajaan  juga  haruslah  bekerjasama  dengan  agensi-agensi  kerajaan  dan  swasta  untuk
               meningkatkan  kehadiran  pelancong  dalam  negara  kita  ini  lagi.  Pihak  Kementerian
               Pelancongan haruslah menitikberatkan perkara ini kerana tidak banyak rakyat Malaysia dan
               pelancong asing mengenali kawasan-kawasan yang strategik untuk melancong dan melawat
               kawasan desa di negara kita. Lebih-lebih lagi, ekonomi negara Malaysia juga bergantung
               kepada  sektor  pelancongan  dengan  pertambahan  pelancong  dari  luar  dan  dalam  negara
               dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber ekonomi negara kita lagi.



               Langkah  seterusnya  yang  dapat  diambil  untuk  mempromosikan  kawasan  pelancongan  di
               desa  adalah  dengan  mengadakan  kempen.  Pihak  kerajaan  dan  pihak  media  massa  juga
               haruslah memainkan peranan mereka dalam menjayakan kempen pelancongan ini dengan
               menyiarkan dan memaparkan lokasi-lokasi di desa yang strategik untuk dijadikan kawasan
               pelancongan. Pihak kerajaan haruslah campur tangan dalam hal ini dengan mengadakan
               festival-festival  seni  dan  kebudayaan  di  kawasan-kawasan  desa  yang  terpilih  untuk
               menambah  minat  pelancong  lagi  untuk  mengenali  dengan  lebih  mendalam  tentang
               kebudayaan  dan  adat  resam  sesebuah  masyarakat  di  desa  itu.  Secara  tidak  langsung,
               pelancong akan mengunjungi kawasan itu untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi
               tentang kebudayaan  di  situ  bak kata  pepatah,  tak kenal maka  tak  cinta.  Sebagai  contoh,
               untuk  menarik  minat  kedatangan  pelancong  dari  dalam  dan  luar  negara  adalah  dengan
               mengadakan  pesta  wau,  pesta  mencanting  batik  dan  pesta  kebudayaan  masyarakat  di
               kawasan  desa  itu.  Seandainya  langkah  untuk  mempromosikan  kawasan  pelancongan  di
               desa  tidak  diambil  serius  oleh  pihak  kerajaan,  kempen  Cuti-cuti  Malaysia  dan  Tahun
               Melawat  Malaysia  tidak  dapat  dijayakan,  seterusnya  menjatuhkan  kekukuhan  sektor
               pelancongan di negara kita. Tegasnya, peranan pihak kerajaan mempromosikan kawasan
               pelancongan  di  desa  kepada  pelancong  dalam  dan  luar  negeri  dapat  menambahkan
               kehadiran pelancong di negara ini.



               Minhaj seterusnya, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu membangunkan
               kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan industri pelancongan desa. Berdasarkan
               kajian  yang  telah  dibuat  menunjukkan  bahawa  masih  terdapat  banyak  tempat  menarik  di
               Malaysia  yang  mampu  dieksploitasi  sebagai  tempat  pelancongan  khususnya  di  kawasan-
               kawasan desa. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil
               langkah  proaktif  dengan  membangunkan  sesebuah  desa  menjadi  sebuah  pusat


                                                                                               24 | P a g e
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29