Page 30 - KARANGAN
P. 30

berbudi  bahasa  dalam  kehidupan  masyarakat  kita.  Ungkapan  ini  disusuli  pula  dengan
               bidalan yang mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli. (C) Oleh itu, sifat sifat
               luhur  dan  amalan  berbudi  bahasa  yang  dahulunya  menjadi  kebanggan  masyarakat  timur
               tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak
               wajarlah  bersinergi bagai  aur  dengan  tebing dan  mengelakkan sikap masing-masing  perahu,
               masing-masing  kayuh dalam  menanam  amalan berbudi  bahasa  dalam  diri  setiap  individu.  Kita
               tidak  seharusnya  mengharapkan  sebelah  pihak  sahaja  untuk  memupuk  amalan  murni  ini
               dalam    setiap   jiwa   rakyat   Malaysia   kerana bertepuk    sebelah    tangan   takkan
               berbunyi.  Kempen  Budi  Bahasa  dan  Nilai-nilai  Murni  perlulah  diimplementasikan  dari
               semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz
               pernah  berkata,  “Malaysia  yang  aman  dan  damai  akan  lenyap  dalam  sedikit  masa  jika
               rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka”. Jadi,
               kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme
               dan bercakap kasar sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan
               lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari
               terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa
               rakyatnya.











































                                                                                               30 | P a g e
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35