Page 29 - KARANGAN
P. 29

(L3):  Seperkara  lagi,  peranan  ibu  bapa  juga  amat  penting  dalam  melahirkan  insan  kerdil
               yang  berbudi  bahasa  tinggi.  (M) ‘Bagaimana  acuan,  begitulah  kuihnya,’  begitulah
               peribahasa  yang  membawa  maksud  bahawa  peribadi  serta  perlakuan  ibu  bapa  akan
               menjadi  ikutan  kepada  anak-anak  mereka.  Memang  tidak  dapat  kita  nafikan  ibu  bapa
               merupakan guru pertama dalam kehidupan anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini
               membuktikan  bahawa  ibu  bapa  merupakan  ejen  pembentukan  karakter  anak-anak  yang
               paling ampuh untuk melahirkan insan yang kaya budi bahasa. (B) Oleh itu, sesuatu perkara
               itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya  agar
               apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-
               menghormati,  beradab  sopan  dan  bertolak-ansur  telah  sedia  wujud  dalam  diri  anak-anak
               mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang
               mereka  yang  lebih  tua.  Anak-anak  juga  diajar  agar  menghormati  harta  benda  milik  adik-
               beradik  mereka  serta  harta  benda  bersama.  Dalam  hal  ini,  ibu  bapa  tidak  boleh
               bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu, ibu dan bapa perlu
               sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai
               positif ini diikuti oleh anak-anak. (K) Dengan ini, hubungan kemesraan keluarga akan dapat
               ditingkatkan  di  samping  dapat  mewujudkan  baiti  jannati.  Malah  yang  lebih  penting,  anak-
               anak akan lebih beradab dan berbudi bahasa yang akan mencerminkan maruah keluarga
               tersebut.  Anak-anak  seumpama  ini  tidak  akan  bersikap  biadab  yang  mampu menconteng
               arang ke muka keluarga sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang mempamerkan
               contoh  terbaik  kepada  anak-anak  dapat  memupuk  amalan  budi  bahasa  dalam  diri  anak-
               anak.


               (L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang berbudi bahasa adalah
               melalui  kempen  yang  berkesan. (M) Hal  ini  dikatakan  demikian  kerana  kempen-kempen
               yang  diadakan  mampu  menyedarkan  masyarakat  tentang  kepentingan  amalan  ini
               dipraktikkan  dalam  kehidupan  seharian  kita.  Masyarakat  pada  hari  hari  lebih  mudah
               dipengaruhi dan dikuasai dengan kempen-kempen yang diadakan. (B) Sembilan tahun lalu
               iaitu pada 11 Februari 2005 Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) melancarkan
               kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali
               tidak  diwujudkan  kalau  masyarakat  kita  berbudi  bahasa  selayaknya.  Kempen  yang
               dicetuskan  oleh  Dr.  Rais  Yatim  semasa  memimpin  KEKWA  ini  mengejutkan  kita  yang
               terlena  dalam  mengejar  fatamorgana  hidup  sehingga  sanggup  merendahkan  tahap  budi
               bahasa  kita.  Suatu ketika  dahulu  ,  majalah  Readers  Digest telah  menyiarkan  hasil  kajian
               kesantunan di 36 bandar raya di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi bandar raya kedua
               paling  biadab.  Kajian  ini  amat  membimbangkan  dan  memalukan  kita.  Oleh  itu,  kempen
               seumpama  ini  haruslah  diadakan  secara  berterusan  serta  giat  dan  bukannya
               sekadar melepaskan batuk di tangga. (K) Dengan ini, diharapkan kempen yang bersungguh-
               sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni
               ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan
               tunjang dalam kehidupan kita. Secara implisitnya, negara akan menjadi agung jika warganya
               terdiri  dari  insan-insan  yang  mengamalkan  budaya  murni.  Tidak  ada  gunanya  jika
               masyarakat     Malaysia    kaya    dari   segi   kebendaan      tapi   muflis   dari   segi
               keperibadian. (P) Izharlah  bahawa  peranan  kempen  juga  penting  untuk  membudayakan
               amalan murni ini dalam kehidupan seharian kita.


               PENUTUP
               (K) Sudah  terang  lagi  bersuluh  bahawa  dapat  disimpulkan  bahawa  amalan  budi  bahasa
               amat  mustahak  untuk  negara  mencapai  taraf  negara  maju  yang  disegani  oleh  negara-
               negara gergasi yang lain di dunia. ‘Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu
               bahasa,  yang  elok  itu  budi’,  demikianlah  ungkapan  yang  menggambarkan  kepentingan



                                                                                               29 | P a g e
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34