Page 26 - KARANGAN
P. 26

ESEI 5 : KEPENTINGAN DAN LANGKAH PEMUPUKAN AMALAN BUDI BAHASA

               PENDAHULUAN

               (T) Budi  bahasa  merupakan  amalan  baik  yang  perlu  ada  pada  setiap  orang  agar  segala
               tindakan  mereka  terpimpin  dan  tidak  menyeleweng  dari  norma-norma  sosial  yang
               dikehendaki  dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang mulia,
               unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-
               Ghazali mengatakan, “Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi
               apabila  kamu  hendak  mengenali  diri  lihatlah  pada  wajah”.  Kata-kata  tersebut
               mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap
               individu.  Sesungguhnya  berakhlak mulia  amat dituntut  dari  sudut  budaya,  peradaban  dan
               agama kita. (I) Namun begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya
               berbudi  bahasa  dalam  kalangan  masyarakat  semakin  lenyap  dalam  sanubari  golongan
               dewasa  dan  remaja.  Berita  tentang  remaja  bertindak  liar  di  luar  batas-batas  kehidupan
               dengan  terlibat  dalam  aktiviti-aktiviti  jenayah  seperti  gengsterisme,  vandalisme  dan
               pornografi sering terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan
               betapa  kroniknya  masalah  kelunturan  amalan  berbudi  bahasa  dalam  kalangan
               masyarakat. (A) Sebelum  keadaan  menjadi  lebih  parah,  budaya  berbudi  bahasa  perlulah
               dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan
               boleh diperoleh.



               (K1): Salah  satu  kepentingan  amalan  ini  ialah  amalan  ini  dapat  mewujudkan  perpaduan
               antara  masyarakat  berbilang  kaum  di  negara  kita. (M) Masyarakat  yang  berbudi  bahasa
               akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit ataupun status individu tersebut.
               Bukan itu sahaja, amalan murni ini akan mendidik masyarakat yang berlainan bangsa dan
               agama supaya sentiasa menjaga perasaan antara satu sama lain sama ada melalui tutur
               bicara atau perlakuan. Kata orang, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku atau kata
               buruk padahnya”. (B)  Cetusan gagasan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB
               Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam merupakan
               langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat yang semakin goyah akibat
               fahaman  politik  yang  berbeza.  Konsep  ini  membawa  aspirasi  untuk  membaiki  hubungan
               kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara
               asas  yang  perlu  diwujudkan  dalam  semangat  perpaduan  adalah  perasaan  hormat-
               menghormati,  keikhlasan  dan  sikap  saling  mempercayai  antara  kaum. (K) Apabila  wujud
               sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan
               gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan.
               Dalam pada itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13
               Mei  1969  dapat  dielakkan.  Ulang  tahun  kemerdekaan  yang  ke-51  iaitu  pada  tahun  2008
               yang  bertemakan  ‘Perpaduan  Teras  Kejayaan’  jelas  menunjukkan  pentingnya  perpaduan
               kaum dalam negara kita yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada menyatakan
               bahawa bersatu  teguh  bercerai  roboh justeru  apabila  masyarakat  bersatu,  negara  dapat
               berkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara
               dengan mudah. (P) Tegasnya, konsep perpaduan dapat dicapai dengan mudah sekiranya
               amalan budi bahasa dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.


               (K2): Meninjau  dari  skop  yang  lebih  luas,  amalan  berbudi  bahasa  dapat  melahirkan
               masyarakat  yang  lebih  bertamadun. (M) Menurut  konteks  sejarah,  masyarakat  yang
               bertamadun  merupakan  masyarakat  yang  memiliki  tahap  tatasusila  yang  tinggi  dan
               kebudayaan  yang  luhur  selain  pencapaian  lahiriah.  Oleh  itu,  masyarakat  pada  masa
               tersebut  dapat  membina  tamadun  dan  empayar  yang  kuat  dan  hebat  seperti  tamadun
               Mesopotamia,  tamadun  Mesir,  tamadun  Hwang  Ho  dan  tamadun  Indus  walaupun  pada


                                                                                               26 | P a g e
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31