Page 23 - KARANGAN
P. 23

ESEI 4 : PERANAN KERAJAAN MEMAJUKAN INDUSTRI DESA


               Sedasawarsa  ini,  pelancongan  desa  merupakan  industri  perkhidmatan  yang  kian
               berkembang pesat di negara kita. Pada tahun 2000, purata pelancongan yang berkunjung
               ke  Malaysia  dianggarkan  sebanyak  10.2  juta  orang.  Senario  ini  menjadikan  Malaysia
               sebagai negara ketiga paling banyak menerima pelancong Asia Timur selepas China dan
               Hong Kong. Lantaran itu, pelancongan desa telah juga mendapat tempat di mata pelancong
               asing.  Pelancongan  desa  dapat  memberikan  pengalaman  kepada  pelancong  supaya
               menghargai  kehidupan  di  kampung  dan  menikmati  kebudayaan  dan  adat  resam  sesuai
               dengan  peribahasa masuk  kandang  kambing  mengembek,  masuk  kandang  kerbau
               menguak.  Pelancongan desa  akan  bertambah maju  sekiranya  pelbagai  pihak  memainkan
               peranan penting untuk memajukan industri ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang
               perlu diambil oleh kerajaan untuk memajukan industri ini agar terus berkembang maju?



               Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan desa ialah pihak
               kerajaan  perlu  mengadakan  kempen  melalui  media  massa  dan  media  elektronik.  Melalui
               kempen  yang  dilaksanakan,  keunikan  dan  kelebihan  sesebuah  desa  dapat  disebarkan
               kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan cepat. Dengan memanfaatkan
               kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, kerajaan boleh membina laman sesawang
               yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di negara kita
               untuk  disebarkan  kepada  masyarakat  luar.  Sekiranya  pihak  kerajaan  memandang  enteng
               dan bersikap lepas tangan dalam usaha untuk memajukan sektor pelancongan desa, maka
               industri  ini  akan  terus  hilang  ditelan  zaman  justeru  dapat  mengurangkan  pendapatan
               penduduk kampung. Oleh  itu,  pelaksanaan kempen  merupakan  langkah  pragmatik  dalam
               usaha memajukan pelancongan desa agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
               panas ditelan arus kemodenan.



               Minhaj seterusnya untuk memajukan pelancongan desa agar terus berkembang ialah pihak
               kerajaan  melalui  Kementeriaan  Pelancongan  dan  Kebudayaan  di  bawah  pimpinan Datuk
               Seri  Nazri  Aziz haruslah  menyediakan  dan  mencekapkan  infrastruktur  di  negara  kita.
               Dengan adanya kelengkapan infrastruktur yang sempurna dan kondusif, sudah pasti negara
               kita  akan  menjadi  destinasi  utama  kepada  pelancong-pelancong  asing.  Selain  itu,
               kemasukan pelancong asing akan dapat meningkatkan ekonomi industri desa di negara kita
               melalui pengaliran mata wang asing. Pihak kerajaan juga seharusnya mengeluarkan dana
               untuk  diagihkan  kepada  wakil-wakil  di  setiap  negeri  bagi  menaik  taraf  infrastuktur  seperti
               rumah  penginapan,  siber  kafe,  bekalan  air  bersih,  kafe  dan  kemudahan  asas  yang  lain.
               Cuba  kita  bayangkan  bagaimana  reaksi  pelancong  asing  yang  melancong ke  negara kita
               jika kerajaan tidak mengambil berat terhadap kemudahan infrastruktur? Seandainya pihak
               kerajaan  menjalankan  tanggungjawab  seperti melepaskan  batuk  di  tangga,  maka  industri
               desa  akan  terus  berada  pada  takuk  yang  sama.  Tegasnya,  pihak  Kementeriaan
               Pelancongan  perlulah  menyediakan  dan  mencekapkan  infrastruktur  agar  industri  desa  di
               negara kita terus berkembang maju.



               Selain  itu,  pihak  Kementerian  Pelancongan  dan  Kebudayaan  dengan  kerjasama  pihak
               pengurusan  inap  desa  perlu  menyediakan  pelbagai  aktiviti  rekreasi  sebagai  satu  minhaj
               untuk  memajukan  industri  pelancongan  desa  di  negara  kita.  Aktiviti-akitiviti  rekreasi  perlu
               dilaksanakan  dengan  lebih  efektif  kerana  aktiviti  tersebut  merupakan  daya  tarikan  utama
               kepada  pelancong  asing  mahupun  pelancong  tempatan  untuk  menyertai  aktiviti  yang
               dijalankan sekaligus meningkatkan industri pelancongan desa. Pihak pengurusan inap desa


                                                                                               23 | P a g e
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28