Page 28 - KARANGAN
P. 28

(L1): Menyedari  akan  pelbagai  kemaslahatan  di  atas,  kita  haruslah  mengambil  langkah-
               langkah  yang  pragmatik  dan  efektif  untuk  memastikan  amalan  ini  dapat  dipupuk  dalam
               setiap  sanubari  rakyat  kita. Oleh  itu,kita  perlu  bertindak  mulai  dari  sekarang  kerana
               perjalanan  yang  beribu-ribu  batu  mestilah  bermula  dengan  langkah  yang  pertama. Salah
               satu langkah yang dominan adalah melalui rombakan sistem pendidikan. Dalam hal ini, kita
               terpaksa  meletakkan  tanggungjawab  penting  ini  kepada  pihak  pendidikan. (M) Pendidikan
               merupakan wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat. Melalui pendidikan, kita
               diajar,  dibimbing  dan  diasuh  untuk  menjadi  insan  yang  kamil  dan  holistik  sama  ada  dari
               aspek  jasmani,  rohani  dan  intelek.  Bukan  itu  sahaja,  pendidikan  juga  mampu  melahirkan
               insan yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa. (B) Hal ini juga turut disedari oleh Menteri
               Pelajaran  kita.  Oleh  sebab  itu,  beliau  telah  mengarahkan  agar  kurikulum  semua  mata
               pelajaran yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan
               nilai-nilai murni yang berkaitan dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa
               Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat Tingkatan
               Satu hingga Tingkatan Lima. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah
               menyatakan  bahawa  kita  perlu  mencontohi  sikap  masyarakat  Jepun.  Walaupun  negara
               mereka  semakin  maju,  namun,  masyarakatnya  masih  mengekalkan  nilai-nilai  murni  di
               samping  mengamalkan  budaya  dan  adat  resam  bangsa  mereka. (K) Mereka  percaya
               bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka,
               mereka  dapat  melahirkan  rakyat  yang  tinggi  semangat  cinta  akan  negaranya.  Semangat
               inilah yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban
               jiwa dan raga demi negara yang tercinta. (P) Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk
               amalan  budi  bahasa,  maka  tidak  boleh  tidak,  perubahan  dalam  sistem  pendidikan  perlu
               dilaksanakan.



               (L2):  Jika  kita  lihat  dari  sudut  yang  lain,  pihak  sekolah  perlu  juga  melaksanakan  aktiviti
               kokurikulum  dengan  lebih  giat  dan  berkesan. (M) Kita  perlu  sedar  bahawa  aktiviti
               kokurikulum  merupakan  wadah  yang  paling  berkesan  dalam  membentuk  amalan  budi
               bahasa  seperti  bertanggungjawab,  bekerjasama dan  hormat-menghormati  dalam  diri  para
               pelajar. Para guru pula dianggap sebagai arkitek pembangunan manusia diarahkan untuk
               mengadakan pelbagai program bagi memupuk amalan budi bahasa ini kerana pelajar ibarat
               pohon  yang  baru  ditanam.  Lantaran  itu,  mereka  perlu  dibajai,  diairi  dan  diberi  cahaya
               matahari yang secukupnya. (B) Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh
               badan-badan  beruniform  seperti  Pengakap  dan  Kadet  Remaja  Sekolah  akan  membentuk
               semangat  berpasukan  yang  tinggi  dalam  kalangan  ahlinya.  Mereka  akan  bersama-sama
               mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan sebagainya, sepanjang perkhemahan
               diadakan.  Selain  itu,  aktiviti  bergotong-royong  oleh  persatuan-persatuan  dan  kelab-kelab
               sama  ada  di  sekolah,  mahupun  di  kawasan  sekitar  sekolah  pula  akan  menanamkan
               perasaan bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah mereka bak
               kata  pepatah,  ‘tak  kenal  ,  maka  tak  cinta.’  (K)  Justeru  melalui  program-program  yang
               dijalankan, para pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka
               akan  lebih  bersikap  ‘membina’  daripada  ’meruntuhkan’  atau  membinasakan  sesuatu.
               Mereka  juga  akan  lebih  bertanggungjawab  terhadap  segala  kemudahan  yang  disediakan
               untuk  kegunaan  ramai.  Oleh  itu,  melalui  pelaksanaan  aktiviti  kokurikulum  yang  lebih
               berkesan,  kita  berharap  agar  tidak  ada  lagi  telefon  awam  yang  dirosakkan,  atau  tandas
               awam  yang  diconteng  dengan  kata-kata  yang  tidak  menyenangkan  mata  memandang.
               Sebaliknya,  kita  akan  dapat  menyaksikan  masyarakat  yang  lebih  bertolak-ansur,
               umpamanya, mereka tidak berebut-rebut lagi ketika menaiki bas awam atau komuter. Anak-
               anak muda kita juga akan lebih menghormati golongan yang tua kerana tahap budi bahasa
               dalam  kalangan  masyarakat  telah  meningkat. (P) Pendek  kata,  amalan  budi  bahasa
               sememangnya  dapat  dipupuk  melalui  aktiviti  kokurikulum  yang  dijalankan  oleh  pihak
               sekolah.




                                                                                               28 | P a g e
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33