Page 33 - KARANGAN
P. 33

tamadun. (AC) Buktinya,  jutaan  ringgit  diperuntukkan  untuk  memelihara  dan  memulihara
               bangunan  bersejarah  di  seluruh  tanah  aiar  terutamanya  di  kawasan-kawasan  bersejarah
               seperti di Melaka, Kuala Lumpur dan Perak. (AKI) Jadi, usaha memelihara dan memulihara
               bangunan  yang  dibina  oleh  masyarakat  silam  dan  menjadikannya  sebagai  monumen
               bersejarah  merupakan  usaha  untuk  menghargai  jasa  mereka  kerana harimau  mati
               meninggalkan  belang,  manusia  mati  meninggalkan  nama dan  usaha  ini  sentiasa
               dilaksanakan dari semasa ke semasa.


               (AR) Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi
               muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan
               dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu
               generasi  ke  satu  generasi.  Dengan  terdapatnya  bangunan  bersejarah,  generasi  baharu
               akan  lebih  menghargai  dan  peka  akan  perkembangan  sejarah  negara.  Hal  ini  akan
               membentuk  masyarakat  yang  sensitif  terhadap  sebarang  perobohan  atau  pemusnahan
               bangunan  bersejarah. (ACd) Sesungguhnya,  pihak  kerajaan  pula  perlulah  mewartakan
               bangunan  bersejarah  sebagai  bangunan  yang  perlu  dikekalkan.  Oleh  hal  yang  demikian,
               mana-mana  pihak  yang  merobohkan  atau  memusnahkan  bangunan  bersejarah,  mereka
               perlulah dikenakan tindakan undang-undang. (AHrp) Cintailah sejarah ibu pertiwi kita demi
               kematangan perjuangan rakyat kita kerana nilai sejarah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
               panas.



































                                                                                               33 | P a g e
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38