Page 34 - KARANGAN
P. 34

ESEI 2 : USAHA-USAHA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

               Malaysia  dan  Nusantara  mempunyai  bahasa  pertuturan  tersendiri,  iaitu  bahasa  Melayu.
               Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca lebih 600 tahun lalu,
               lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pertengahan kurun ke-16. Sejak
               tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara dan telah
               menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Pada tahun 1967, sepuluh tahun selepas merdeka,
               bahasa  Melayu  menjadi  bahasa  kebangsaan  bahasa  rasmi  yang  termaktub  dalam
               Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152. Krisis baharu yang melanda bahasa Melayu ialah
               rakyat  negara  ini  semakin  meminggirkan  bahasa  Melayu  yang  merupakan  bahasa
               kebangsaan.

               Krisis  ini  berpunca  daripada  tanggapan  yang  salah  oleh  masyarakat  tentang kemampuan
               bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  kemajuan  negara  ini.  Faktor  kedua  berpunca  daripada
               sikap orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku demikian kerana orang Melayu yang berkuasa
               telah meminggirkan bahasa Melayu daripada rancangan pembangunan. Mereka tidak mahu
               menyokong rancangan pembinaan perpustakaan bahasa Melayu. Jika keadaan ini dibiarkan
               berterusan, janganlah terkejut jika negara kita terus tertinggal dalam arus kemajuan, muflis
               dalam bidang ilmu, teknologi, dan budaya serta akhirnya terkubur di negara sendiri. Rata-
               rata,  ibu  bapa  mendidik  anaknya  bertutur  dalam  bahasa  Inggeris,  kononnya  jika  tidak
               menguasai       bahasa     asing     itu,   mereka      sukar     mendapat      pekerjaan.

               Dalam  dunia  korporat,  orang-orang  Melayu  sendiri  malu  untuk  bertutur  dalam  bahasa
               Melayu  dengan  bangsanya  sendiri,  kononnya  takut  dikatakan  kolot,  ketinggalan  zaman,
               tidak bertamadun atau tertinggal dalam arus teknologi moden. Bangsa kita tidak terdesak
               untuk  mencipta  ilmu  dan  teknologi  baharu kerana  ilmu  itu  dapat  diperoleh  dan  dibeli  dari
               dunia  lain  sama  ada  dari  barat  atau  timur  sehingga  bahasa  Melayu  menjadi  peniru  atau
               pengguna.  Kita  janganlah  menuding jari kepada  sesiapa  jika  bahasa  Melayu  dipinggirkan
               kerana  kita  sendiri  yang  enggan  atau  malu  untuk  menjadikan  bahasa  Melayu  sebagai
               bahasa  sains  dan  teknologi,  bahasa  pencipta  ilmu  dan  budaya  atau  bahasa  bertamadun
               tinggi. Masyarakat kita sendiri lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan,
               malah dalam perbualan seharian sesama sendiri, kita lebih berminat menggunakan bahasa
               Inggeris  walaupun  penguasaan  bahasa  Inggeris  kita  tidaklah  sebaik  mana.

               Selain itu, dasar penswastaan yang tidak terhad semakin menyingkirkan kedudukan bahasa
               Melayu  sebagai  bahasa  pengantar  di  institusi-institusi  pengajian  tinggi.  Pelajar-pelajar  di
               sekolah menerima pendidikan bahasa Melayu selama tiga belas tahun. Selepas itu, mereka
               meninggalkan bahasa itu selepas tamat persekolahan untuk melanjutkan pelajaran mereka
               ke  kolej  swasta  yang  menggunakan  bahasa  Inggeris  sebagai  bahasa  pengantar  dalam
               pengajiannya.

               Dalam  usaha  memartabatkan  bahasa  Melayu,  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka  merupakan
               badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa
               Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia.  Melalui peranan dan
               usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Melayu telah digunakan
               dalam  pelbagai  bidang,  termasuklah  undang-undang,  kejuruteraan,  sains  dan  teknologi,
               ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-
               buku  pengistilahan  dan  glosari  dalam  bahasa  Melayu  yang  mencakupi  pelbagai  bidang


                                                                                               34 | P a g e
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39