Page 35 - KARANGAN
P. 35
tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa Inggeris.
Usaha ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini sekali gus dapat
membantu program pendidikan di pusat pengajian tinggi.
Di samping itu, seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mesti menggunakan bahasa
kebangsaan dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti ucapan dalam majlis
perasmian, mesyuarat atau perhimpunan. Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah juga
menjadi monitor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa
kebangsaan di seluruh negara, contohnya dalam projek Sukan Komanwel dan Koridor Raya
Multimedia. Dalam konteks ini, Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah sentiasa menasihat,
menegur, dan membimbing pemimpin kerajaan, swasta, media cetak, atau media elektronik
supaya menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam semua urusan rasmi.
Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diperkecil. Media massa mempunyai
tanggungjawab sosial untuk memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia. Pujian
dan sanjungan haruslah diberikan kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus
menggunakan bahasa Melayu dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen penyiaran
yang mula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan begitu juga
harapan kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan penyebutan baku bagi
istilah asing, namun usaha itu masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu, diharapkan
kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu di
negara kita.
Di samping itu, mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif
untuk memartabatkan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak
bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Melayu dalam semua bidang ilmu. Menurut
Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa
langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkan Minggu Bahasa
Melayu di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan
memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Melayu. Pembabitan mahasiswa yang
peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa
sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu Bahasa
Melayu yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping
memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan generasi masa ini.
Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk
memartabatkan bahasa Melayu serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Melayu.
Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa
Melayu dalam kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana
mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para
pendidik lebih penting dalam memartabatkan bahasa Melayu kerana dalam kurikulum
pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya
menggunakan bahasa Melayu yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam konteks
sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan melalui pendidikan
bahasa.
Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Melayu
35 | P a g e

