Page 37 - KARANGAN
P. 37
ESEI 3 : KEPENTINGAN AMALAN MEMBACA
Nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba turutkan;
amalan membaca banyak faedahnya,
untuk kegunaan masa hadapan.
Masyarakat Melayu sinonim dengan pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan
perasaan yang telah terpahat dalam atma dan sukma mereka. Puisi di atas
menggambarkan amalan membaca sangat penting dalam kehidupan seharian kita bagi
melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita
bahawa masa depan menjanjikan cabaran yang sarat dengan muatan cabaran reformasi.
Oleh sebab itu, menerusi amalan membaca juga dapat mencetus kesegaran minda agar
tidak wujud modal insan yang dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit. Walaupun dunia
sudah melepasi pelbagai zaman dalam beberapa dekad, namun budaya membaca tetap
mendominasi kemajuan dan keagungan sesebuah bangsa. Sejarah telah mencatatkan
bahawa bangsa yang berjaya antara lain dicirikan oleh masyarakatnya yang memiliki
budaya literasi. Begitu juga sebaliknya. Sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau
kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh mempertahankan miliknya tanpa budaya ilmu
yang mantap. Rakyat Malaysia yang tidak mengetahui kepentingan amalan membaca
perlulah membudayakan amalan yang mulia ini yang mengandungi seribu satu kemuliaan
yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Persoalannya, apakah kepentingan amalan membaca?
Sesungguhnya amalan membaca mampu menambah pengetahuan kita. Amalan
membaca dapat membantu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai
persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi ini. “Setiap seseorang daripada kita mesti
memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing,” demikian mantan perdana menteri
Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau
sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu, membawa maksud
bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan bertambah andai individu itu berusaha
melakukan anjakan paradigma untuk dirinya daripada terus berada di takuk lama. Jika
ditelusuri, ungkapan ini boleh direalisasikan dengan amalan membaca yang pastinya dapat
menyumbangkan idea bernas dalam diri pembaca. Selain melalui proses pembelajaran
secara formal di sekolah, nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi
amalan membaca bahan-bahan ilmiah seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa,
Kosmik dan sebagainya. Cerdik pandai sering menganggap amalan membaca sebagai
jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membaca yang dapat menghubungkan
antara manusia dengan dunia ilmu. Tegasnya, amalan membaca sememangnya
dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjadi persiapan untuk kesiagaan kita bersaing
dengan cabaran kemajuan yang terbentang di jagatraya ini.
Seterusnya, mari kita fokuskan lensa pemikiran kita kepada manfaat seterusnya
iaitu membaca dapat meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang dimaksudkan ialah tenaga
kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang. Membaca dapat
mewujudkan koridor kemajuan ekonomi demi meningkatkan tenaga pakar yang
berpengetahuan. Sebagaimana yang diketahui masyarakat yang suka membaca merupakan
masyarakat yang maju dan kompetetif sehingga dapat mencetuskan gegaran minda
sekaligus dapat menjulang negara kita ke puncak jagat. Buktinya kita melihat betapa
negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek
penting kehidupan negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan
kepakaran. Oleh sebab itu, amalan membaca dapat membentuk masyarakat madani yang
berkemahiran dan berkepakaran tinggi. Apabila negara kita sudah mencapai tahap yang
maksimum dalam membentuk individu yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-
satu bidang, kita tidak perlu bergantung kepada kepakaran luar lagi. Jelaslah bahawa
37 | P a g e

