Page 36 - KARANGAN
P. 36

amatlah  dialu-alukan.  Sektor  swasta  haruslah  peka  dan  menganjurkan  lebih  banyak
               kegiatan  bahasa  di  luar  negara  seiring  dengan  promosi  perniagaan  atau  produk  masing-
               masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang
               merangsangkan  perkembangan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  ekonomi,  sains,  dan
               teknologi.  Papan-papan  tanda  dan  iklan  yang  mempromosikan  sesuatu  produk  haruslah
               menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan
               cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja di
               negara             kita            malah            di            pentas             dunia.

               Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, orang Malaysia sendiri mesti membetulkan kelakuan,
               sikap, tanggapan, dan semangat mereka terhadap bahasa Melayu. Jika tidak siapakah lagi
               yang  akan  bertanggungjawab  memperjuangkan  dan  mendaulatkan  bahasa  Melayu  yang
               menjadi  bahasa  kebangsaan?  Beliau  juga  mengesyorkan  satu  pertemuan  raksasa  antara
               orang-orang Malaysia yang terdiri daripada pemimpin politik, cendekiawan, ahli perniagaan,
               dan sebagainya perlu diadakan untuk membincangkan segala masalah yang mengancam
               bahasa  Malaysia  hari  ini.  Sebenarnya,  isu  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  kebangsaan
               samalah  seperti  nasib  sosial  dan  budaya  kebanyakan  orang  Malaysia.  Oleh  hal  yang
               demikian, orang-orang Malaysia haruslah bangun menjadi penegak bahasa Melayu; bahasa
               yang                      menjadi                     tonggak                      bangsa.

               Kesimpulannya, daripada perbincangan di atas, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik
               perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu.  Hal ini dikatakan demikian kerana
               bahasa  Melayu  ialah  bahasa  kebangsaan  kita.  Hakikat  ini  perlu  disedari  dan  diakui  oleh
               seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa ini tidak dapat dipertikaikan lagi, sebaliknya
               setiap  individu  haruslah  memanfaatkan  masa  mereka  untuk  mempelajari  dan  menguasai
               bahasa Melayu dengan baik. Cara itulah yang terbaik untuk memartabatkan bahasa Melayu
               yang  ternyata  memberikan  faedah  yang  besar  kepada  perpaduan  rakyat  dan  teknologi
               Malaysia. Jika tidak, generasi yang akan datang akan ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-
               kuasa Barat yang menggunakan bahasa asing. Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa.

























                                                                                               36 | P a g e
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41