Page 38 - KARANGAN
P. 38
amalan membaca dapat membekalkan tenaga pakar atau mahir kepada sesebuah negara
itu.
Jika dilihat dari aspek yang lain, membaca merupakan tiang sandaran konkrit untuk
berjaya dalam akademik. Namun begitu, cahaya amalan membaca semakin hari semakin
malap dalam naluri pelajar. Kontradiksinya, para pelajar tidak mempunyai kesedaran
bahawa membaca itu penting dalam kehidupan sedangkan amalan membaca dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan dan mampu meluaskan horizon pemikiran para
pelajar. Oleh sebab itu, para pelajar perlu menyemai bibit-bibit minat membaca dalam diri
kerana membaca merupakan wasilah utama kejayaan seseorang pelajar. Sebagi contoh,
adik Nik Nor Madihah telah berjaya memperoleh 20A dalam SPM dengan membudayakan
amalan membaca dalam diari kehidupannya sebagai seorang pelajar. Meyedari kepentingan
membaca dalam kalangan pelajar, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi
memperkasakan minat membaca dalam kalangan pelajar seperti mengadakan minggu
membaca dan program NILAM. Melalui program NILAM ini jugalah lahirlah tokoh-tokoh
pelajar yang berjaya. Selain berjaya dalam akademik, para pelajar juga boleh
mengaplikasikan ilmu yang diperolehi melalui membaca dalam kehidupan seharian.
Ringkasnya, jelaslah bahawa amalan membaca dapat memberikan pelbagai kemaslahatan
kepada para pelajar untuk berjaya. Sesungguhnya, menuntut ilmu tanpa membaca ibarat
basikal tanpa roda.
Dengan membudayakan amalan membaca juga, rakyat yang berpengetahuan luas
dalam sesebuah negara mampu mencetuskan ideologi dan buah fikiran yang bernas
dalam memacu proses pembangunan negara dapat dilahirkan. Hal ini dikatakan dmeikian
kerana membaca merupakan acuan untuk membentuk sesebuah tamadun yang gemilang
seiring dengan negara-negara yang telah mengecapi modenisasi mapan seperti Jepun. Di
Jepun, atas dasar aplikasi dan pengetahuan sains dan inovasi mereka mampu mencipta
teknologi yang tidak terdapat di negara-negara lain seperti mesin layan diri yang dapat
memenuhi keperluan harian iaitu mesin menjual ketam hidup, telur ayam segar, sayur-
sayuran segar dan baju hujan dan barang kemas. Kelebihan mesin layan diri ini dapat
beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam sehari. Keadaan ini membolehkan para peniaga
dan usahawan tidak perlu bersusah-payah menjaga premis perniagaan mereka kerana
mesin layan diri ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sempurna selain
mereka dapat memperuntukkan masa mereka dengan aktiviti yang dapat meningkatkan
kemajuan negara mereka. Jelaslah bahawa amalan merupakan ramuan yang efektif untuk
membentuk masyarakat yang berproduktiviti tinggi dan seterusnya dapat merealisasikan
aspirasi negara untuk bertambah maju.
Secara konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan membaca sangat
mulia kerana mendatangkan pelbagai kebaikan atau faedah kepada pembaca, keluarga,
bangsa dan negaranya. Amalan membaca merupakan permulaan positif sebagai langkah
pertama dalam penjanaan dan penyebaran ilmu. Hal ini terbukti berdasarkan peristiwa
penuh bermakna dan agung dalam sejarah Islam melalui surah al-‘Alaq iaitu ketika Nabi
Muhammad mendapat wahyu yang pertama di Gua Hira’ melalui perantaraan malaikat Jibril
yang menyuruhnya membaca. Jelaslah membaca merupakan kunci ilmu yang memberikan
impak positif dalam mempengaruhi perkembangan minda masyarakat. Walaupun pada hari
ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca namun, usaha
tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam memupuk budaya membaca sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Pihak kerajaan juga perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti
perpustakaan supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen membaca juga
38 | P a g e

