Page 18 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 18
- Mengeratkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan serta memupuk
perpaduan
- Menyelaraskan aktiviti agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak
- Mengurus dan menjaga harta benda serta kepentingan kerajaan Persekutuan di Sabah dan
Sarawak
98. Huraikan 2 fungsi Pejabat Kewangan Negeri.
- Mengurus hal ehwal kewangan Kerajaan Negeri mengikut peraturan dan prinsip kewangan yang
ditetapkan oleh undang-undang
- Merancang dan mengawal perbelanjaan negeri
- Menentukan sistem perakaunan yang teratur dan cekap bagi pungutan hasil dan perbelanjaan
negeri yang telah diluluskan.
99. Nyatakan 3 peranan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
- Membuat dasar-dasar Kerajaan Negeri
- Melaksanakan kuasa eksekutif Kerajaan Negeri
- Menasihat Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Negeri dalam memerintah negeri
- Merangka rang undang-undang di bawah senarai negeri dan bersama untuk dibentang di Dewan
Undangan Negeri
100. Jelaskan 3 sekatan terhadap Yang di-Pertuan Negeri.
- Tidak boleh mengundi dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong
- Tidak dibenar terlibat secara aktif dalam perniagaan dan politik
- Tidak dibenarkan memegang jawatan yang berpendapatan tetap atau bergaji
101. Nyatakan 4 tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah.
- Memungut hasil cukai bagi pihak Kerajaan Negeri
- Mentadbir dan merancang pembangunan daerah secara menyeluruh
- Memajukan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat
- Menghubungkan antara Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan dan penyelarasan projek-projek
kerajaan
- Menjadi urus setia kepada perancangan dan pembangunan tanah
102. Nyatakan 4 jawatakuasa yang menyelaraskan pentadbiran di peringkat negeri untuk melaksanakan
dasar-dasar Kerajaan Negeri.
- Jawatankuasa Tindakan
- Jawatankuasa Pembangunan
- Jawatakuasa Keselamatan
- Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN)
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
103. Nyatakan 4 contoh badan berkanun.
- MARA ( Majlis Amanah Rakyat)
- LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia)
- LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang)
- MARDI (Institut Penyelidikan dan Pertanian Malaysia)
104. Huraikan 2 perbezaan antara badan berkanun dan badan tidak berkanun.
- Badan berkanun ditubuhkan di bawah akta Parlimen atau Ordinan/Enakmen negeri manakala
badan tidak berkanun ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
- Badan berkanun bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi rakyat manakala badan
tidak berkanun bermotif keuntungan.
- Badan berkanun dikawal oleh seorang menteri secara langsung manakala badan tidak berkanun
dikawal oleh menteri secara tidak langsung
- Anggaran belanjawan Badan berkanun tertakluk kepada kawalan agensi pusat manakala badan
tidak berkanun tidak tertakluk kepada kawalan agensi pusat.
- Pengambilan kakitangan perlu mendapatan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam dan
Perbendaharaan Negara manakala badan tidak berkanun secara bebas
- Badan berkanun diketuai oleh pengurus besar yang bergelar pengarah manakala badan
tidak berkanun oleh seorang pengurus besar yang bergelar eksekutif
Unit Pengajian Am KISAS Page 18

