Page 19 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 19

105.  Huraikan 2 cara penyelarasan pentadbiran antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.
                            -   Melalui mesyuarat 4 majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu Majlis Raja-
                                raja, Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara dan Majlis Negara bagi Kerajaan
                                Tempatan
                            -   Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan  Kerajaan
                                Negeri yang dipengerusi oleh Ketua Setiausaha Negara
                            -   Melalui Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri yang dipengerusikan oleh
                                Perdana Menteri
                            -   Melalui Majlis - majlis dan Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan

                         106.  Nyatakan 4 badan berkanun yang berkaitan dengan luar bandar dan wilayah.
                            -   Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
                            -   Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
                            -   Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
                            -   Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan FECRA
                            -   Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
                            -   Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

                         107. Nyatakan 3 kriteria yang diambil kira oleh Kerajaan Persekutuan untuk memberi peruntukan
                            kepada Kerajaan Tempatan.
                            -   Bilangan penduduk
                            -   Luas kawasan
                            -   Jumlah hasil kutipan tahunan

                         108.  Nyatakan 3 kuasa otonomi Kerajaan Tempatan.
                            -   Membuat undang-undang kecil
                            -   Mengutip cukai taksiran dan sewa
                            -   Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan

                         109.  Nyatakan 4 sumber hasil Kerajaan Tempatan.
                            -   Cukai taksiran harta/pintu
                            -   Bayaran perkhidmatan dan lesen kedai kopi, lesen penjaja, lesen anjing dan lesen pusat hiburan
                            -   Bayaran permit pertunjukan hiburan
                            -   Bayaran sewa bangunan, padang, dewan, khemah
                            -   Bayaran pelan bangunan atau rumah
                            -   Pinjaman
                            -   Pemberian daripada Kerajaan Negeri
                            -   Peruntukan Kerajaan Persekutuan

                         110.  Huraikan 2 perbezaan di antara Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.
                            -   Majlis Perbandaran mempunyai bilangan penduduk melebihi 150 000 orang manakala Majlis
                                Daerah mempunyai bilangan penduduk kurang daripada 150 000 orang
                            -   Sumber kewangan Majlis Perbandaran adalah melebihi RM20 juta setahun manakala Majlis
                                Daerah kurang daripada RM20 juta setahun
                            -   Bilangan ahli majlis – Majlis Perbandaran seramai 8 hingga 24 orang manakala majlis Daerah
                                seramai 8 hingga 12 orang
                                   Dewan/Majlis Bandaraya. Penduduk melebihi 500,000 orang manakala pendapatan
                                   tahunan melebihi RM100 juta setahun
                         111.  Nyatakan 3 kuasa kerajaan negeri terhadap Kerajaan Tempatan.
                            -   Mengistiyharkan sesuatu kawasan dalam negeri menjadi kawasan Kerajaan Tempatan
                            -   Menetapkan taraf, status dan sempadan KerajaanTempatan
                            -   Memberikan arahan am tentang dasar-dasar kepada Kerajaan Tempatan
                            -   Meluluskan anggaran belanjawan tahunan Kerajaan Tempatan
                         112.  Nyatakan 4 majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
                            -   Majlis Raja-Raja
                            -   MajlisTanah Negara
                            -   Majlis Kewangan Negara
                            -   Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
                            -   Majlis Angkatan Tentera


                      Unit Pengajian Am KISAS                                                     Page 19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24