Page 14 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 14

-   Dia disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada
                                setahun dan tidak diampuni atau dihukum denda tidak kurang RM2000.
                            -   Dia telah mendapat dengan senjaga kewarganegaraan negara asing
                            -   Tidak menghadiri persidangan (Dewan Rakyat sahaja) selama 6 bulan berturut-turut tanpa izin
                                Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
                            -   Tidak mengangkat sumpah dalam tempoh 3 bulan selepas memenangi pilihan raya

                         67.  Nyatakan 3 agenda utama yang perlu dirangka oleh Parlimen selepas pilihan raya selesai.
                            -   Merangka taqwim Parlimen
                            -   Melantik Yang diPertua Dewan dan timbalan
                            -   Melaksanakan upacara mengangkat sumpah oleh ahli-ahli dewan

                         68.  Nyatakan 4 sebab seorang pemilih hilang kelayakan mengundi.
                            -   Tidak sempurna akal
                            -   Sedang menjalani hukuman penjara
                            -   Pemilih dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah
                            -   Pemilih memperolehi kewarganegaraan lain

                         69.  Nyatakan 4 golongan yang dibenarkan mengundi secara pos.
                            -   Ahli panel dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
                            -   Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya yang bertugas semasa pilihan raya
                            -   Anggota polis yang bertugas mengawasi proses pilihanraya
                            -   Anggota angkatan tentera yang sedang bertugas di belantara/sempadan negara
                            -   Anggota perkhidmatan awam yang sedang bertugas di luar negara dan isteri
                            -   Pelajar Malaysia yang belajar sepenuh masa di luar negara termasuk isteri/suami.
                                Nota **** Wajib mendaftar sebagai pengundi yang tidak hadir

                         70.  Huraikan 2 jenis pengundian yang dijalankan di Malaysia.
                            -   Pengundian biasa- Pemilih akan mengundi pada hari yang telah ditetapkan oleh SPR
                            -   Pengundian  awal  –  Anggota  polis/tentera/pasukan  Gerakan  Am  akan  keluar  mengundi  awal
                                sebelum tarikh pilihan raya yang sebenar
                            -   Pengundi pos – Dikhususkan kepada kekitangan kerajaaan yang berkhidmat di luar negara dan
                                isteri, pelajar yang belajar sepenuh masa di luar negara dan isteri, tentera yang bertugas di luar
                                negara sebagai tentera pengaman PBB

                         71.  Nyatakan 2 elemen penting pilihan raya
                            -   Bahagia Pilihan Raya
                            -   Pemilih
                            -   Calon
                            -   Proses pilihan Raya

                         72.  Nyatakan 4 pihak yang terlibat dalam proses pengiraan undi selepas pengundian tamat
                            -   Ahli-ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
                            -   Pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
                            -   Kerani mengira undi
                            -   Calon, wakil, dan ejen mengira undi

                         73.  Terangkan 2 keadaan yang menunjukkan peringkat Bacaan Kedua merupakan peringkat yang paling
                            penting dalam penggubalan undang-undang di Dewan Rakyat.
                            -   Bacaan Kedua merupakan peringkat usul dibincang dan dibahas dengan lebih terperinci dengan
                                penjelasan yang lebih mendalam dibuat oleh menteri yang mengusulkannya
                            -   Peringkat ini juga penting kerana semua ahli dewan akan mengundi samada menerima atau
                                menolak usul tersebut. Jika ditolak maka usul berkenaan akan terhenti setakat itu sahaja.

                         74.  Huraikan 2 peringkat proses penggubalan undang-undang di Dewan Rakyat.
                            -   Bacaaan Pertama - peringkat ini merupakan suatu formaliti - menteri yang berkenaan atau
                                Speaker Dewan atau pembentang rang undang-undang membaca tajuk sahaja – tidak ada
                                perbahasan tentang rang undang-undang itu pada peringkat ini
                            -   Bacaan Kedua - peringkat ini merupakan peringkat yang paling penting- rang undang-undang
                                akan dibahaskan dengan mendalam dan menyeluruh oleh kedua-dua dewan -menteri berkenaan
                                bertanggungjawab utk menjawab soalan atau pertanyaan tentang rang undang-uandang itu –

                      Unit Pengajian Am KISAS                                                     Page 14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19