Page 107 - malaysia_2017
P. 107
BADAN KEHAKIMAN PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA
Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa
kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa
Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa
tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan
Persekutuan.
Fungsi Badan Kehakiman
Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti
Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah
Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi
Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya
dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah
Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan
Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan
kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini
dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan
kepada mahkamah-mahkamah tersebut.
Pelantikan Hakim
Hakim-hakim mahkamah atasan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-
Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan
meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong. Bagi memastikan pemilihan dan pelantikan hakim-hakim
adalah telus demi menjaga integriti badan kehakiman, Suruhanjaya Pelantikan
Kehakiman ditubuhkan dengan berkuat kuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan
Kehakiman 2009 (Akta 695). Hakim-hakim mahkamah atasan yang terlibat adalah
Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim
Besar Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah
Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.
MALAYSIA 107
2017

