Page 108 - malaysia_2017
P. 108

PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
        PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

            Komponen-komponen utama dalam jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan
            adalah seperti berikut:

            A.  Badan-badan kerajaan.
                Badan-badan kerajaan ini terdiri daripada:

                •   Badan-badan yang ditubuhkan di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan
                   atau Perlembagaan Negeri. Komponen-komponen  yang  terdapat di
                   bawahnya ialah Majlis-majlis, Suruhanjaya-suruhanjaya dan Jabatan Audit.
                •   Badan-badan  yang  ditubuhkan  di  bawah  kuasa kerajaan dan  pihak
                   pentadbir.  Komponen-komponen  yang  terdapat  di  bawahnya  ialah
                   Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan, Perbadanan Awam, Majlis-
                   majlis dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kabinet.

            B.  Ahli-ahli politik yang memegang jawatan awam dan perjawatan dalam sektor
                awam.

            Kabinet
            Kabinet  adalah sebuah  badan yang  melaksanakan kuasa eksekutif  yang
            dipegang  oleh  Yang  di-Pertuan  Agong.  Dasar atau  polisi  Kabinet  adalah  tugas
            yang dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan
            atau kerajaan pusat. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh
            Menteri-menteri yang memegang portfolio tertentu.

            Majlis
            Terdapat dua  bentuk  Majlis dalam sistem kerajaan persekutuan  iaitu Majlis
            Perundangan  dan Majlis yang ditubuhkan  oleh kerajaan yang bertujuan  untuk
            menyelaras urusan  pentadbiran negara. Majlis  Perundangan  terdiri daripada
            Majlis Tanah Negara, Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan,  Majlis Kewangan
            Negara dan Majlis Angkatan Tentera. Majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi
            melicinkan perjalanan  jentera  pentadbiran ialah  Majlis  Tindakan  Negara, Majlis
            Ekonomi Negara dan Majlis Keselamatan Negara.

            Kementerian
            Kementerian merupakan sebuah  badan  kerajaan yang  tertinggi  dalam sistem
            jentera pentadbiran kerajaan persekutuan. Kementerian bertanggungjawab bagi
            membentuk dasar, merancang, mengawal dan menyelaras perkara-perkara yang
            berkaitan dengan  bidang  tugas sesebuah  kementerian. Sesebuah  kementerian
            itu dipertanggungjawabkan  kepada seorang Menteri yang memegang sesuatu
            portfolio yang dibantu oleh Timbalan Menteri.

            Setiap kementerian berfungsi  membentuk dasar,  merancang, mengawal dan
            menyelaraskan pelaksanaan perkara-perkara berkaitan kementerian berkenaan.
            Kementerian juga berfungsi mengawal jabatan-jabatan atau badan-badan berkanun
            di bawah tanggungjawabnya. Pegawai Tadbir Utama sesebuah kementerian ialah
            Ketua  Setiausaha  (KSU).  Tugas  dan  tanggungjawab  KSU  menyentuh  perkara-
            perkara pembentukan dasar, merancang aktiviti, mengawal pelaksanaan aktiviti,





              108  MALAYSIA
                                2017
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113