Page 40 - malaysia_2017
P. 40

PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA


























            SUKAN PARALIMPIK RIO 2016
            Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil (Paralympics Games Rio 2016) untuk
            atlet kurang upaya telah membuka tirai kejohanan bermula pada 7 September
            dan melabuhkan tirai kejohanan pada 18 September 2016 bagi temasya sukan
            berprestij dan terbesar buat atlet kurang upaya.
            Malaysia tidak ketinggalan menghantar atlet paralimpik kebangsaan ke kejohanan
            sukan  terbesar dunia  ini,  iaitu seramai 21  orang yang  layak untuk  bertanding
            dalam lapan acara sukan yang berjaya disertai. Kontinjen Malaysia yang diketuai
            oleh Dr. Ang Kean Koo sebagai Chef de Mission serta pembawa Jalur Gemilang,
            Abdul Latif Romly yang telah mengharumkan nama Malaysia.

            Penyertaan  atlet-atlet  Paralimpik  Negara yang  kini  berada  di  dalam  Program
            Podium juga  telah mencatatkan sejarah pencapaian  terbaik negara dengan
            memenangi tiga pingat emas melalui Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Abdul
            Latif Romly, Muhammad Ziyad Zolkefli dan satu pingat gangsa melalui Siti Noor
            Radiah Ismail. Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli juga telah berjaya
            memecahkan rekod dunia dalam kategori masing-masing.


                           RINGKASAN KEPUTUSAN ATLET PARALIMPIK MALAYSIA
             ACARA             ATLET             KEPUTUSAN            MEDAL
                                             Olahraga
             100M T36          Mohamad    Ridzuan Juara (12.07S)       Emas
                               Bin Mohamad Puzi
             Lontar Peluru F20  Muhammad Ziyad Bin  Juara (16.84M)      Emas
                               Zolkefli
             Lompat Jauh T20   Abdul Latif Bin Romly  Juara (7.60M)      Emas
             Lompat Jauh T20   Siti Noor Radiah Binti  Ketiga (5.20M)      Gangsa
                               Ismail




               40  MALAYSIA
                                2017
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45