Page 45 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 45
[Perkara 18] Perlembagaan Persekutuan 32
(2) Kecuali dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan, tiada
seorang pun yang telah melepaskan atau yang telah dilucutkan
kewarganegaraannya di bawah Perlembagaan ini atau yang
telah melepaskan atau yang telah dilucutkan kewarganegaraan
persekutuan atau kewarganegaraan bagi Persekutuan sebelum Hari
Merdeka di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
boleh didaftarkan sebagai warganegara di bawah Perlembagaan
ini.
(3) Seseorang yang didaftarkan sebagai warganegara di bawah
Perlembagaan ini menjadi warganegara melalui pendaftaran mulai
dari hari dia didaftarkan sedemikian.
(4) (Dimansuhkan).
kewarganegaraan melalui penaturalisasian
19. (1) Tertakluk kepada Fasal (9), apabila permohonan dibuat
oleh mana-mana orang yang berumur dua puluh satu tahun atau
lebih yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh
memberi orang itu suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan
Persekutuan berpuas hati—
(a) bahawa—
(i) dia telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh
yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat
demikian secara tetap jika diberi perakuan itu;
(ii) (Dimansuhkan);
(b) bahawa dia berkelakuan baik; dan
(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi
dalam bahasa Melayu.
(2) Tertakluk kepada Fasal (9), apabila permohonan dibuat oleh
mana-mana orang yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih
yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh, dalam
apa-apa hal keadaan khas yang difikirkannya patut, memberi orang itu
suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati—
(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan selama
tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat
demikian secara tetap jika diberi perakuan itu;

