Page 239 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 239
[Perkara 122c] Perlembagaan Persekutuan 130
pertukaran hakim dari suatu mahkamah tinggi ke suatu
mahkamah tinggi lain
122c. Perkara 122b tidaklah terpakai bagi pertukaran seseorang
hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi
yang lain, melainkan jika pertukaran itu adalah sebagai Hakim
Besar atau pertukaran Hakim Besar; dan pertukaran yang sedemikian
boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Ketua Hakim
Negara Mahkamah Persekutuan, selepas berunding dengan Hakim-
Hakim Besar bagi kedua-dua Mahkamah Tinggi itu.
kelayakan hakim-hakim mahkamah persekutuan, mahkamah
rayuan dan mahkamah tinggi
123. Seseorang layak dilantik di bawah Perkara 122b sebagai
hakim Mahkamah Persekutuan, sebagai hakim Mahkamah rayuan
atau sebagai hakim mana-mana Mahkamah Tinggi jika—
(a) dia seorang warganegara; dan
(b) bagi tempoh sepuluh tahun sebelum pelantikannya dia
telah menjadi peguam bela bagi mahkamah-mahkamah
itu atau mana-mana satu daripada mahkamah itu atau
menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan
Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu
Negeri, atau pada suatu masa menjadi peguam bela
dan pada suatu masa lain berkhidmat sebagai anggota
perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan
atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri.
sumpah jawatan hakim-hakim
124. (1) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, sebelum
menjalankan fungsi jawatannya, hendaklah mengangkat dan
menandatangani sumpah jawatan dan sumpah taat setia yang
dinyatakan dalam jadual Keenam, dan hendaklah berbuat demikian
di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
(2) Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah rayuan atau
Mahkamah Tinggi, selain Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan, sebelum menjalankan fungsi seorang hakim hendaklah
mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah taat
setia yang dinyatakan dalam jadual Keenam berhubung dengan
kewajipan kehakimannya dalam apa-apa jua jawatan.

