Page 245 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 245

[Perkara  125]      Perlembagaan  Persekutuan                   133

              mengikut keutamaan mereka sesama mereka sendiri, dan anggota-
              anggota lain mengikut tarikh pelantikan mereka memegang jawatan
              yang  melayakkan  mereka  menjadi  anggota  (antara  dua  orang
              anggota, dengan yang lebih tua mendahului yang lebih muda jika
              tarikh pelantikan  mereka  itu  sama).

                (5)  Sementara menanti apa-apa rujukan dan laporan di bawah
              Fasal (3) Yang di-Pertuan Agong boleh atas syor Perdana Menteri
              dan, dalam hal mana-mana hakim lain selepas berunding dengan
              Ketua Hakim Negara, menggantung seseorang hakim Mahkamah
              Persekutuan  daripada menjalankan  fungsinya.

                (6)  Parlimen  hendaklah  melalui  undang-undang  membuat
              peruntukan bagi saraan hakim Mahkamah Persekutuan, dan saraan
              yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan pada
              Kumpulan Wang Disatukan.


                (6a)  Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, Parlimen boleh
              melalui  undang-undang  membuat  peruntukan  bagi  terma-terma
              jawatan hakim  Mahkamah Persekutuan  selain  saraan  mereka.

                (7)  Saraan dan terma-terma lain jawatan (termasuk hak pencen)
              bagi seseorang hakim Mahkamah Persekutuan tidak boleh, selepas
              pelantikannya, diubah  menjadi kurang  baik  baginya.


                (8)  Walau  apa  pun  Fasal  (1),  kesahan  apa-apa  jua  yang
              dilakukan  oleh  seseorang  hakim  Mahkamah  Persekutuan  tidak
              boleh dipersoalkan atas alasan bahawa dia telah mencapai umur
              yang dia  dikehendaki  bersara.


                (9)  Perkara  ini  hendaklah  terpakai  bagi  seseorang  hakim
              Mahkamah rayuan dan bagi seseorang hakim Mahkamah Tinggi
              sebagaimana Perkara ini terpakai bagi seseorang hakim Mahkamah
              Persekutuan, kecuali bahawa sebelum menggantung seseorang hakim
              Mahkamah rayuan atau hakim Mahkamah Tinggi selain Presiden
              Mahkamah rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi di bawah
              Fasal  (5),  Yang  di-Pertuan  Agong  hendaklah  berunding  dengan
              Presiden Mahkamah rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi
              itu dan  bukan Ketua  Hakim  Negara Mahkamah  Persekutuan.

                (10)  Presiden  Mahkamah  rayuan  dan  Hakim-Hakim  Besar
              Mahkamah Tinggi bertanggungjawab kepada Ketua Hakim Negara
              Mahkamah Persekutuan.
   240   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250