Page 243 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 243
[Perkara 125] Perlembagaan Persekutuan 132
(3) jika Perdana Menteri, atau Ketua Hakim Negara selepas
berunding dengan Perdana Menteri, membuat representasi kepada
Yang di-Pertuan Agong dengan menyatakan bahawa seseorang
hakim Mahkamah Persekutuan patut dipecat atas alasan apa-apa
pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan
di bawah Fasal (3b) atau atas alasan tidak berdaya, oleh sebab
kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain, untuk
menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya, maka Yang
di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu tribunal mengikut
Fasal (4) dan merujukkan representasi itu kepadanya; dan boleh
atas syor tribunal itu memecat hakim itu daripada jawatan.
(3a) jika seseorang hakim telah melakukan pelanggaran mana-
mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3b)
tetapi Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa pelanggaran
itu tidak mewajarkan hakim itu dirujukkan kepada tribunal
yang dilantik di bawah Fasal (4), Ketua Hakim Negara boleh
merujukkan hakim itu kepada suatu badan yang ditubuhkan di bawah
undang-undang persekutuan untuk mengendalikan pelanggaran
itu.
(3b) Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Negara,
Presiden Mahkamah rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah
Tinggi boleh, selepas berunding dengan Perdana Menteri, menetapkan
secara bertulis suatu kod etika yang hendaklah juga mengandungi
peruntukan tentang tatacara yang hendaklah diikuti dan sanksi
yang boleh dikenakan selain pemecatan seseorang hakim daripada
jawatannya di bawah Fasal (3), berhubung dengan pelanggaran
mana-mana peruntukan kod etika itu.
(3c) Kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3b) hendaklah
dipatuhi oleh tiap-tiap hakim Mahkamah Persekutuan dan
tiap-tiap pesuruhjaya kehakiman.
(4) Tribunal yang dilantik di bawah Fasal (3) hendaklah terdiri
daripada tidak kurang daripada lima orang yang memegang atau
pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau, jika ternyata
kepada Yang di-Pertuan Agong suai manfaat pelantikan sedemikian
dibuat, orang yang memegang atau pernah memegang jawatan
yang setaraf dengannya di mana-mana bahagian lain di dalam
Komanwel, dan tribunal itu hendaklah diketuai oleh anggota yang
terkanan mengikut susunan yang berikut, iaitu, Ketua Hakim
Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden dan Hakim-Hakim Besar

