Page 240 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 240

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  122c
                       1.  Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 18, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
                       2.  Perkataan  “Persekutuan”  digantikan  dengan  “Agung”  oleh Akta A566,  subseksyen  16(1),
                       berkuat  kuasa  dari  01-01-1985.
                       3.  Perkataan “Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung” digantikan dengan “Ketua Hakim Negara
                       Mahkamah Persekutuan” oleh Akta A885, seksyen 18, berkuat  kuasa  dari  24-06-1994.

                    per.  123
                       1.  Perkara yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 19, berkuat kuasa dari
                       16-09-1963,  dan  menggantikan  Perkara yang dahulu  yang berbunyi seperti yang berikut:
                          “123.  Seseorang layak dilantik  sebagai hakim Mahkamah Besar jika—
                             (a)  dia seorang  warganegara; dan
                             (b)  dia telah menjadi peguam bela Mahkamah Besar atau menjadi seorang anggota
                                perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan selama tempoh tidak kurang
                                daripada sepuluh tahun, atau menjadi peguam bela bagi sebahagian tempoh itu
                                dan  anggota  berkenaan  bagi  baki  tempoh  itu  atau  menjadi  anggota  berkenaan
                                bagi  sebahagian  tempoh  itu  dan peguam bela  bagi baki tempoh itu.”.
                       2.  Perkataan  “Persekutuan” digantikan dengan “Agung” oleh Akta A566, subseksyen 16(1),
                       berkuat  kuasa  dari  01-01-1985.
                       3.  Perkataan “Mahkamah Agung dan” digantikan dengan “Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
                       rayuan dan” dan perkataan “Mahkamah Agung” digantikan dengan “Mahkamah Persekutuan,
                       sebagai hakim Mahkamah rayuan” oleh Akta A885, seksyen 19, berkuat kuasa dari 24-06-1994.
                    per.  124
                       1.  Perkara yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 20, berkuat kuasa dari
                       16-09-1963,  dan  menggantikan  Perkara yang dahulu  yang berbunyi seperti yang berikut:
                         “124.  Hakim Besar dan mana-mana hakim yang lain Mahkamah Besar hendaklah, sebelum
                         menjalankan  fungsi  jawatannya,  mengangkat  dan  menandatangani  sumpah  jawatan  dan
                         sumpah  setia yang  dinyatakan  dalam jadual Keenam—
                             (a)  Hakim Besar di  hadapan Yang di-Pertuan Agong; dan
                             (b)  mana-mana hakim yang lain di hadapan Hakim Besar atau, jika Hakim Besar tidak
                                ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada lagi Mahkamah Besar itu.”.
                       2.  Perkataan  “Persekutuan”  digantikan  dengan  “Agung”  oleh Akta A566,  subseksyen  16(1),
                       berkuat  kuasa  01-01-1985.

                       Fasal  (1)
                       Perkataan “Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung” digantikan dengan “Ketua Hakim Negara
                       Mahkamah Persekutuan” oleh Akta A885, perenggan  20(a), berkuat  kuasa dari 24-06-1994.
                       Fasal  (2)
                       Digantikan  oleh  Akta  A885,  perenggan  20(b),  berkuat  kuasa  dari  24-06-1994.  Fasal  asal
                       berbunyi  seperti  yang berikut:
                           “(2)  Hakim Mahkamah Agung atau hakim Mahkamah Tinggi, selain Ketua Hakim Negara
                         Mahkamah Agung, sebelum menjalankan fungsi seorang hakim, hendaklah mengangkat dan
                         menandatangani  sumpah  itu  berhubung  dengan  kewajipan  kehakimannya  dalam  apa-apa
                         jua  jawatan,  dan  setelah  berbuat  demikian,  dia  tidaklah  dikehendaki  mengangkat  sumpah
                         itu  lagi  apabila  dilantik  atau  bertukar  ke  suatu  jawatan  kehakiman  yang  lain  yang  bukan
                         jawatan Ketua Hakim Negara.”.
   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245