Page 242 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 242
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 124—(samb.)
Fasal (2a): Dimasukkan oleh Akta A1260, perenggan 4(a), berkuat kuasa dari 19-01-2006.
Fasal (3)
Perkataan “, melainkan jika orang itu mengangkat sumpah itu mengikut Fasal (4) sebagai hakim
Mahkamah Agung” dipotong oleh Akta A885, perenggan 20(c), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
Fasal (4)
a. Perkataan “Agung” digantikan dengan “Persekutuan” oleh Akta A885, perenggan 20(d),
berkuat kuasa dari 24-06-1994.
b. Perkataan “Tertakluk kepada Fasal (3), seseorang” digantikan dengan “Seseorang” oleh
Akta A1260, perenggan 4(b), berkuat kuasa dari 19-01-2006.
Fasal (4a): Dimasukkan oleh Akta A1260, perenggan 4(c), berkuat kuasa dari 19-01-2006.
Fasal (5)
a. Perkataan “Mahkamah rayuan atau” dimasukkan selepas perkataan “hakim” oleh
Akta A885, perenggan 20(e), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
b. Kemudiannya, perkataan “Mahkamah rayuan atau” dipotong oleh Akta A1260, perenggan
4(d), berkuat kuasa dari 19-01-2006.
per. 125
Fasal (1)
a. Akta 14/1962, seksyen 32, berkuat kuasa dari 21-06-1962, menggantikan perkataan
“peruntukan yang berikut dalam Perkara ini” dengan “peruntukan Fasal (2) hingga (5)”.
b. Akta 26/1963, perenggan 22(2)(a), berkuat kuasa dari 16-09-1963, menggantikan
perkataan “Mahkamah Besar” dengan “Mahkamah Persekutuan”.
c. Kemudiannya pula, subseksyen 16(1), Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985,
menggantikan perkataan “Persekutuan” dengan “Agung”.
d. Perkataan “Persekutuan” menggantikan perkataan “Agung” oleh Akta A885,
perenggan 21(a), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
e. Perkataan “enam puluh lima tahun” digantikan dengan “enam puluh enam tahun” oleh
Akta A1239, seksyen 3, berkuat kuasa dari 21-03-2005.
Fasal (2)
a. Perkataan “Mahkamah Besar” digantikan dengan “Mahkamah Persekutuan” oleh
Akta 26/1963, perenggan 22(2)(a), berkuat kuasa dari 16-09-1963.
b. Kemudiannya pula, subseksyen 16(1), Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985,
menggantikan perkataan “Persekutuan” dengan “Agung”.
c. Perkataan “Agung” digantikan dengan “Persekutuan” oleh Akta A885, perenggan 21(a),
mula berkuat kuasa dari 24-06-1994.

