Page 244 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 244
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 125—(samb.)
Fasal (3)
a. Perkataan “Hakim Besar” dan “Mahkamah Besar” masing-masing digantikan
dengan “Ketua Hakim Negara” dan “Mahkamah Persekutuan” oleh Akta 26/1963,
perenggan 22(2)(a), berkuat kuasa dari 16-09-1963. Kemudiannya pula, subseksyen
16(1), Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985, menggantikan perkataan “Persekutuan”
dengan “Agung”.
b. lihat Per. 65(3).
c. Perkataan “Agung” digantikan dengan “Persekutuan” oleh Akta A885,
subperenggan 21(b)(i), mula berkuat kuasa dari 24-06-1994.
d. Perkataan “berperangai buruk atau” digantikan dengan “apa-apa pelanggaran mana-mana
peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3a) atau atas alasan” oleh Akta A885,
subperenggan 21(b)(ii), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
e. Perkataan “Fasal (3a)” digantikan dengan “Fasal (3b)” oleh Akta A1260,
perenggan 5(a), berkuat kuasa dari 19-01-2006.
Fasal (3a)
a. Dimasukkan oleh Akta A885, perenggan 21(c), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
b. Digantikan oleh Akta A1260, perenggan 5(b), berkuat kuasa dari 19-01-2006. Fasal asal
berbunyi seperti yang berikut:
“(3a) Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah
rayuan dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi, boleh, selepas berunding dengan Perdana
Menteri, menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang hendaklah dipatuhi oleh tiap-
tiap hakim Mahkamah Persekutuan.”.
Fasal (3b) & (3C): Dimasukkan oleh Akta A1260, perenggan 5(c), berkuat kuasa
dari 19-01-2006.
Fasal (4)
a. Perkataan “yang dilantik mengikut syor Suruhanjaya Kehakiman dan Perundangan iaitu
orang” yang terdapat selepas “tidak kurang daripada lima orang” dipotong dan perkataan
“Suruhanjaya mustahak mengesyorkan sedemikian” digantikan dengan “Yang di-Pertuan
Agong suai manfaat membuat pelantikan sedemikian” oleh Akta 10/1960, perenggan
16(a) dan (b), berkuat kuasa dari 31-05-1960.
b. Perkataan “dan hendaklah diketuai oleh Hakim Besar, jika dia seorang anggota dan dalam
apa-apa hal lain, oleh orang yang pertama dilantik memegang jawatan tersebut” di hujung
Fasal digantikan dengan “dan tribunal itu hendaklah diketuai oleh anggota yang terkanan
mengikut susunan yang berikut, iaitu, Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,
Hakim-Hakim Besar mengikut kekananan mereka antara mereka sendiri, dan anggota-
anggota lain mengikut tarikh pelantikan mereka ke jawatan yang melayakkan mereka
menjadi anggota (antara dua anggota, dengan yang tua mendahului yang muda jika tarikh
pelantikan mereka itu sama)” oleh Akta 26/1963, perenggan 22(2)(b), berkuat kuasa dari
16-09-1963, yang juga memasukkan perkataan “Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah
Tinggi, atau sebelum Hari Malaysia, telah memegang jawatan sebagai hakim” yang
terdapat selepas perkataan “atau telah memegang jawatan sebagai hakim”.
c. Perkataan “, atau sebelum Hari Malaysia, telah memegang jawatan sebagai Hakim
Mahkamah Besar” dipotong oleh Akta A566, subseksyen 16(3), berkuat kuasa dari
01-01-1985.
d. Perkataan “Mahkamah Agung” digantikan dengan “Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
rayuan” oleh Akta A885, subperenggan 22(d)(i), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
e. Perkataan “Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung” digantikan dengan perkataan
“Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden” oleh Akta A885,
subperenggan 21(d)(ii), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
f. Perkataan “Tribunal tersebut” digantikan dengan “Tribunal yang dilantik di bawah
Fasal (3)” oleh Akta A1260, perenggan 5(d), berkuat kuasa dari 19-01-2006.

