Page 241 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 241
[Perkara 124] Perlembagaan Persekutuan 131
(2a) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi
Presiden Mahkamah rayuan hendaklah berbuat demikian di
hadapan hakim kanan yang ada bagi Mahkamah rayuan.
(3) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim
Besar Mahkamah Tinggi hendaklah berbuat demikian di hadapan
hakim kanan yang ada bagi Mahkamah Tinggi itu.
(4) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi hakim
Mahkamah Persekutuan hendaklah berbuat demikian di hadapan
Ketua Hakim Negara atau, jika Ketua Hakim Negara tidak ada, di
hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah
Persekutuan.
(4a) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi
hakim Mahkamah rayuan hendaklah berbuat demikian di hadapan
Presiden Mahkamah rayuan atau, jika Presiden Mahkamah rayuan
tidak ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada
bagi Mahkamah rayuan.
(5) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi hakim
Mahkamah Tinggi (tetapi bukan Hakim Besar) hendaklah berbuat
demikian di hadapan Hakim Besar Mahkamah itu atau, jika Hakim
Besar tidak ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang
ada bagi Mahkamah itu.
tempoh jawatan dan saraan hakim mahkamah persekutuan
125. (1) Tertakluk kepada peruntukan Fasal (2) hingga (5),
seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang
jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh enam tahun
atau sehingga suatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh
Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh kemudian
daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh
enam tahun.
(2) Seseorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh pada bila-
bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani
sendiri olehnya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong
tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali mengikut
peruntukan yang berikut dalam Perkara ini.

