Page 12 - KP.MPP1013-C02-2.0- (2.1 - 2.7)
P. 12
Kod Kertas MPP1013 – C02 Page 12 of 34
Pemampat putar jenis bilah pegun, mempunyai satu bilah yang dipasangkan didalam sebuah liang
didinding selinder pemampat tersebut. Didalam liang ini terdapat spring yang sentiasa menolak
bilah(blade) kehadapan menyentuhi permukaan rotor. Bilah ini memisahkan saluran sedutan dengan
liang salur discas.
Rotor pada pemampat ini mempunyai titik pusingan shaft yang tidak sama tengah(off centre). Pusingan
shaft yang tidak sama tengah ini akan menghasilkan pergerakkan rotor yang membujur dan
menyebabkan sebahagian permukaan rotor dengan dinding silinder terhimpit(bersentuhan) dan
sebahagian lagi mempunyai ruang kosong yang luas.
Perinsip kendalian kerja pemampat putar jenis bilah pegun (stationary blade)
Bilah pada pemampat putar jenis bilah pegun bertindak sebagai pembahagi ruang silinder kepada dua
bahagian iaitu ruang sedutan dan ruang discas. Semasa pemampat beroperasi, proses sedutan dan
discas akan berlaku serentak. Pada masa yang sama, proses sedutan berlaku diruang sedutan
sementara itu proses discas berlaku juga diruangan discas.
Bilah akan sentiasa menekan pada pengelek keluli. Wap bahan pendingin akan disedut masuk kedalam
ruang diantara pengelek dan dinding selinder. Pada waktu yang sama, wap refrigerantyang berada
dihadapan pengelek akan dimampatkan kerana isipadu ruang diantara pengelek dan silinder semakin
kecil.
Apabila pengelek terus berputar ke hadapan, lebih banyak wap refrigerant akan terus disedut masuk
kedalam silinder dan pada masa yang sama juga wap refrigerant bertekanan tinggi akan terus
disingkirkan ke pemeluap. Proses ini akan berterusan mengikut putaran pengelek yang diputar oleh
rotor.
discas discas
blade
blade
sedutan sedutan
1. Penghabisan lejang sedutan dan 2. Lejang mampatan berterusan dan
permulaan lejang mampatan. lejang sedutan yang baru bermula.
discas discas
blade blade
Wap tekanan tinggi
sedutan Wap tekanan rendah
sedutan
3. Lejang mampatan berterusan dan 4. Wap lejang mampatan dianjak ke pemeluwap
lejang sedutan yang baru berterusan. dan lejang sedutan yang baru berterusan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

