Page 14 - KP.MPP1013-C02-2.0- (2.1 - 2.7)
P. 14
Kod Kertas MPP1013 – C02 Page 14 of 34
pendingindidalam pemeluwap. Dengan penyingkiran haba, wap bahan pendingin yang bertekanan dan
suhu tinggi akan bertukar kepada cecair bertekanan dan suhu tinggi.
Didalam pemeluwap wap bahan pendingin dalam keadaan haba lampau dan mempunyai tekanan yang
tinggi akan disejukkan dan terpeluwap dengan penyingkiran haba deria. Dengan penyingkiran haba
pendam, wap bahan pendinginyang panas bertukar menjadi bahan pendingincecair.
Prinsip kerja pemeluwap.
Prinsip kerja atau fungsi utama pemeluwap ialah untuk menyingkirkan haba keluar dari sistem ke satu
media lain. Haba yang disingkirkan oleh pemeluwap lebih banyak daripada haba yang diserap oleh
penyejat kerana jumlah haba yang diserap bercampur dengan jumlah haba yang mampat. Oleh itu
jumlah haba yang disingkirkan adalah campuran kedua-dua jumlah haba tersebut.
Pemeluwap
Injap
pengembangan
Suhu discas
Tekanan dalam Bar
Pemampat
H1 H2
Entalphi kJ/kg
H3
Contoh : Haba yang diserap didalam penyejat = H1
Haba yang dimampat didalam pemampat = H2
Haba yang perlu disingkirkan di dalam pemeluwap (H1+H2)= H3
Jenis-jenis pemeluwap
Terdapat tiga jenis pemeluwap yang biasa digunakan,
1. Pemeluap sejuk udara (air cooled condenser)
2. Pemeluap sejuk air (water cooled condenser)
3. Pemeluap pencairwapan (evaporative condenser)
Pemeluwap sejuk udara
Pemeluwap dingin udara menggunakan udara sebagai media penyingkiran haba.Terdapat dua cara
bagaimana haba disingkirkan melalui pemeluwap ini iaitu:-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

