Page 16 - KP.MPP1013-C02-2.0- (2.1 - 2.7)
P. 16
Kod Kertas MPP1013 – C02 Page 16 of 34
Sekiranya haba yang diserap dan dimampat perlu disingkirkan dengan banyak dan segera, maka bantuan
kipas diperlukan. Untuk tujuan tersebut kipas jenis propeller digunakan dan sirip (fins) dilekapkan pada
gelong pemeluwap agar hembusan udara dapat diarahkan tepat kepermukan pemeluwap itu. Pilihan
kipas bergantung pada beberapa faktor seperti rintangan udara, takat bising, keluasan tempat dan
sebagainya.
Keranjang
udara sirip
Gelung
pemeluwap
Pemeluwap sejuk udara jenis gelung dan sirip
Kipas Pemeluwap
pemeluwap jenis gelung
dan sirip
Pemeluwap sejuk air
Pemeluwap sejuk air menggunakan air sebagai media penyingkiran haba. Bagi pemeluwap sejuk air
terdapat dua cara penyingkiran haba iaitu:-
o Menggunakan aliran air biasa
o Menggunakan aliran air garam (brine).
Dengan menggunakan air sebagai media penyingkiran haba, sesebuah sistem penyejukan atau
penyamanan udara dapat menyingkirkan haba dengan kadar yang lebih banyak berbanding dengan
menggunakan udara udara. Dari segi kos penyenggaraan pula pemeluwap jenis ini lebih menjimatkan.
Reka bentuk binaan pemeluwap sejuk air
Terdapa tiga reka bentuk binaan pemeluwap sejuk air iaitu;
a. Kelumpang dan tiub
b. Kelumpang dan gelung
c. Tiub dalam tiub
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

