Page 49 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 49
KAEDAH RAWATAN
untuk sentiasa mendengar bacaan ruqyah di mana-mana dan bila-bila masa yang sesuai. Walau
bagaimanapun, dari sudut keberkesanannya mungkin tidak sama dengan ruqyah yang dibaca
secara langsung oleh perawat atau pesakit yang disertai dengan keikhlasan dan pengharapan
agar Allah menyembuhkan sesuatu penyakit.
Soalan 25:
Ada perawat yang mengenal pasti punca penyakit dengan menggunakan kaedah scanning.
Adakah kaedah ini dibenarkan oleh syarak?
Jawapan:
Kebiasaanya, apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan, perawat perlu
bertanya kepada pesakit untuk mengenalpasti penyakit berdasarkan tanda-tanda dan gejala
(signs and symptoms) yang dimaklumkan oleh pesakit. Sebaik-baiknya perawat perlu meminta
pesakit berkongsi hasil diagnosis yang telah dilakukan di klinik atau hospital sebelum itu, jika
ada.
Bagi penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus, yang tidak dapat
dirawat dengan perubatan kovensional, ikhtiar berikutnya adalah merujuk kepada pengamal
pengubatan Islam. Penyakit-penyakit gangguan jin dapat dikenalpasti melalui gejala-gejala
khusus walaupun ada kesamaran dalam menentukan penyakit tersebut sama ada berpunca
daripada gangguan jin atau pun penyakit organik yang lain. Sebahagian pengamal pengubatan
10
Islam akan menggunakan kaedah scanning dengan tujuan untuk mendapat petunjuk sama ada
pesakit memang diganggu oleh makhluk halus atau tidak.
Kaedah scanning merujuk kepada kaedah mengimbas atau mengesan kehadiran
makhluk halus dalam tubuh pesakit. Teknik ini dilakukan dengan beberapa kaedah sama ada
melibatkan sentuhan pada anggota badan tertentu, ataupun tanpa sentuhan, yang disertakan
dengan bacaan ruqyah. Tindak balas pesakit seperti mengerang kesakitan, meronta-ronta
minta dilepaskan atau berlaku perubahan suara kepada suara orang lain selepas dilakukan
‘imbasan’ tersebut menentukan keberadaan makhluk halus dalam badan pesakit. Didapati
hampir keseluruhan pusat-pusat rawatan Islam melakukan kaedah scanning walaupun dengan
teknik-teknik yang berbeza. 11
Pada dasarnya teknik scanning ini tidak mempunyai dalil yang khusus yang menyatakan
keharusannya dan tidak juga dalil yang melarang penggunaan kaedah ini. Oleh itu, ia boleh
disimpulkan sebagai tidak bercanggah dengan syarak kerana ruqyah yang dibaca dan cara
serta peralatan yang digunakan adalah diharuskan. Apa yang menjadi pertikaian ialah sejauh
manakah ia dapat mengenal pasti jenis gangguan, jumlah jin atau makhluk halus yang ada
pada badan pesakit serta pihak-pihak yang terlibat menyebabkan gangguan tersebut. Dalam
49

