Page 51 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 51
KAEDAH RAWATAN
rawatan akibat dari masalah sihir yang dihadapi. Selain itu, diharuskan juga menggunakan
kaedah ini dalam situasi ia dilakukan secara langsung di mana perawat dan pesakit dalam
keadaan sedar, saling berhubung dan saling mendengar antara satu sama lain melalui aplikasi
alat telekomunikasi seperti telefon rumah atau bimbit. Ketika melakukan rawatan, perawat
hanya boleh menggunakan ru qyah shar‘iyyah dan bahan rawatan yang dibenarkan sahaja.
Kedua: Tidak diharuskan untuk menggunakan kaedah rawatan jarak jauh sekiranya tidak
melibatkan sebarang perhubungan secara langsung antara perawat dan pesakit. Contohnya,
perawat menyatakan bahawa beliau akan menjalankan rawatan (iaitu selepas mendapat
maklumat dan persetujuan daripada pesakit atau ahli keluarganya) apabila tibanya waktu
malam. Pesakit akan didatangi seseorang yang tidak dikenali ketika tidur (dalam keadaan
tidak sedar) untuk merawat pesakit tersebut. Pesakit juga disyaratkan untuk meletakkan
bahan-bahan tertentu yang diberikan oleh perawat di bawah bantal tidurnya dengan tujuan
rawatan sedemikian. 17
Soalan 27:
Ada sesetengah perawat menggunakan jin atau khadam ayat dalam rawatan. Apa
pandangan syarak mengenainya?
Jawapan:
Jin adalah antara makhluk Allah SWT yang kewujudannya sabit dengan al-Quran dan
18
Hadis-hadis Nabi. Sifat dan karakter jin sebahagiannya turut dinyatakan dalam sumber-
sumber tersebut. Selain daripada jin, terdapat istilah ‘khadam ayat’ yang amat terkenal
dalam masyarakat Melayu. Ada yang mendakwa khadam ayat adalah sejenis makhluk bukan
daripada golongan manusia dan golongan jin (jin Islam atau jin kafir). Makhluk ini juga bukan
daripada makhluk belaan atau sahabat kepada tuannya kerana tidak ada sebarang perjanjian
antara kedua belah pihak. Khadam tersebut tidak lain melainkan makhluk yang diutus oleh
19
Allah SWT yang termasuk dalam golongan makhluk ghaib iaitu daripada kalangan hamba
Allah yang bertaraf wali yang dikenali juga sebagai “Rijalul Ghaib” atau “Khadam Roh”.
Kelebihan berkhadam ayat ini antara lainnya si pengamal akan meminta pertolongan khadam
untuk melakukan rawatan penyakit melalui kaedah tertentu. Sebagai contoh, khadam akan
dipanggil untuk membantu memberikan maklumat yang jelas jika seseorang itu disihir untuk
memberitahu jenis sihir, punca sihir tersebut dan cara merawat sihir. 20
Walau bagaimanapun, hakikat dan hukum berkaitan “khadam ayat” ini adalah samar
kerana ada pandangan yang membolehkannya dan ada pula yang menolaknya, bahkan
mengkategorikannya sebagai jin. 21
Secara umumnya penggunaan jin boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:
i. Penggunaan jin berdasarkan yang dikehendaki oleh Tuhan al-Rahman.
Ia bermaksud menggunakan jin untuk merealisasikan kepentingan syarak, sama ada
bersifat segera atau akan datang. Sekiranya penggunaan jin mendatangkan kepentingan
yang bersifat menyeluruh atau majoritinya mendatangkan maslahah, maka ianya dibenarkan
bahkan hukumnya adalah sunat. Contohnya, menyuruh mereka beriman dan mentaati perintah
Allah serta mencegah mereka dari melakukan perbuatan mungkar.
51

