Page 52 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 52

Teknik Belajar Sambil Bermain Dalam Kemahiran Membaca Bahasa Melayu
                                         Bagi Murid Berkeperluan Khas Orang Asli

                                      1 Kama Shaffeei, Ph.D,  Muhammad Faizal Che Nat
                                                          2
                               1 Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
                                               2 SK Runchang, Pekan, Pahang
                                                  kama@fpm.upsi.edu.my


                                                         Abstrak

        Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti penggunaan teknik belajar sambil bermain dalam pengajaran kemahiran
        membaca.  Teknik  pengajaran  merupakan  satu  pendekatan  yang  digunakan  oleh  guru  dalam  menyampaikan  ilmu
        pengetahuan kepada anak muridnya. Kebijaksanaan guru mengatur teknik pengajarannya mampu memberikan impak
        yang positif ke atas dirinya dan anak muridnya. Justeru itu dalam mengkaji penguasaan kemahiran membaca, penyelidik
        telah memilih teknik belajar sambil bermain sebagai satu pendekatan terhadap penggunaannya dalam mengukur
        penguasaan kemahiran membaca murid berkeperluan khas Orang Asli. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini
        ialah pendekatan penyelidikan kualitatif berbentuk kajian kes. Dapatan kajian dikumpul menggunakan triangulasi data
        iaitu rekod pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Hasil kajian ini menunjukkan penggunaan teknik belajar
        sambil bermain dapat meningkatkan tahap keupayaan penguasaan kemahiran membaca murid berkeperluan khas
        Orang Asli. Kesimpulannya, penggunaan teknik belajar sambil bermain dapat membantu murid berkeperluan khas ini
        menguasai kemahiran membaca dengan baik. Implikasi kajian ini memberi pendedahan kepada guru pendidikan khas,
        guru pemulihan khas, guru prasekolah dan guru prasekolah pendidikan khas dengan mengaplikasi teknik ini dalam
        pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

        Kata kunci: Teknik pengajaran, belajar sambil bermain, kemahiran membaca, murid berkeperluan khas Orang Asli



                                                  ---------- +++++ ----------


                                            Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck:
                                        Antara Novel dan Filem Suatu Perbandingan

                                 Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan, Khairulanuar Ismail

                                     Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh, Perak
                                               shamsudin@ipgmipoh.edu.my



                                                         Abstrak

        Kajian ini bertujuan untuk membuktikan betapa novel sukar untuk diangkat oleh sutradara sebagai sebuah filem yang
        benar-benar mencerminkan pemikiran pengarang dalam novel. Novel sebagai citra dan pemikiran masyarakat berada
        dalam suatu kelompok yang hanya dapat dihayati sepenuhnya melalui pembacaan. Apresiasi sastera dalam bentuk
        askara sukar untuk dinikmati dalam medium pencahayaan filem. Pengarah filem tentulah lebih mementingkan aspek
        komersial sebagai syarat untuk memancing penonton ke panggung. Kajian ini akan melihat betapa pengarah filem Sunil
        Soraya tidak dapat mengangkat sepenuh pemikiran Hamka dalam karya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Filem
        sebagai suatu media hiburan lebih mementingkan elemen hiburan berbanding novel yang mengarah kepada pemikiran
        pengarang itu sendiri.

        Kata kunci: Novel dan Filem








        KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 |  27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU                                                                                                                                         51
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57