Page 73 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 73
Penjajaran Kemahiran Insaniah Dalam Maklumat Kursus PPISMP Bidang Bahasa Melayu
2
1 Zabedah Mohammed, Ph.D, Mastura Mohamed Berawi, Azim Normiza Ahmad, Isnariah Idris, Ph.D
4
3
1, 2, 3 IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
4 Institut Pendidikan Guru Malaysia
zabedah@ipgkbm.edu.my
Abstrak
Kemahiran insaniah merupakan kemahiran boleh pindah. Kemahiran ini dijajarkan dalam Maklumat Kursus bag isemua
program yang ditawarkan di IPG. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis
penjajaran kemahiran insaniah dalam Maklumat Kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan bidang
Bahasa Melayu. Buku Panduan Kemahiran Insaniah IPGM dijadikan sandaran dalam menganalisis kemahiran
insaniah dan atribut yang terdapat dalam Maklumat Kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Bidang Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan gabungan dan kaedah selari konverg Dalam
kajian ini pendekatan kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk mengumpul data bagi menyelidik berdasarkan objektif
kajian.Sebanyak lapan Maklumat Kursus digunakan sebagai instrumen kajian. Data dihuraikan secara deskriptif dan
disokong dengan data kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lima daripada enam kemahiran insaniah telah
dijajarkan dalam Maklumat Kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bidang Bahasa Melayu. Secara
keseluruhannya, hanya 31.6% atribut kemahiran insaniah dijajarkan dalam Maklumat Kursus tersebut dan terdapat
atribut yang sama dalam beberapa Maklumat Kursus. Penjajaran kemahiran kognitif adalah sebanyak 11% manakala
penjajaran kemahiran insaniah yang lain sebanyak 5%. Tiada kemahiran personel dan keusahawanan yang dijajarkan
dalam set dokumen tersebut. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan dan rujukan oleh pihak IPGM dan IPG Tier 1
dalam penggubalan Maklumat Kursus bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan agar dimensi serakan
kemahiran insaniah dalam Maklumat Kursus lebih meluas.
Kata kunci: kemahiran insaniah, maklumat kursus, kemahiran kognitif, penggubalan kurikulum, keperluan domain
---------- +++++ ----------
Pengaplikasian Modul Bacaan Bergred Bagi Meningkatkan
Penguasaan Kemahiran Membaca Murid Pemulihan Khas
Muhammad Hafizuddin Bin Abu Kassim, Celinea Lasan, Ph.D
IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
g-IPG003913@moe-dl.edu.my
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan pengaplikasian Modul Bacaan Bergred dalam pengajaran dan pembelajaran
murid pemulihan khas. Sehubungan itu, kajian ini akan mengenal pasti keberkesanan pengaplikasian Modul Bacaan
Bergred bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu dan mengenal pasti kesesuaian Modul
Bacaan Bergred sebagai bahan bantu mengajar kemahiran membaca bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini merupakan
kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Pemilihan persampelan berdasarkan kaedah persampelan
bertujuan yang melibatkan tiga orang guru pemulihan khas daripada sekolah yang berbeza iaitu dari Titiwangsa, Kuala
Lumpur, Kuala Kangsar, Perak dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tiga instrumen digunakan di dalam kajian ini iaitu
protokol temu bual, senarai semak pemerhatian, dan analisis dokum Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa Modul Bacaan Bergred dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu
murid dan modul ini sesuai untuk dijadikan bahan bantu mengajar kemahiran membaca bahasa Melayu. Implikasinya,
kajian ini dapat memperluaskan teori konstruktivisme, teori behaviorisme dan teori psikolinguistik dalam aspek kemahiran
membaca bahasa Melayu. Kesimpulannya, diharapkan kajian ini dapat membantu guru bahasa Melayu mendapat
pendedahan tentang Modul Bacaan Bergred yang sesuai ini untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu.
Kata kunci: Pengaplikasian, Keberkesanan, Modul Bacaan Bergred, Membaca, Peningkatan
7
KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 71

